TERENGGANU, 3 Jun 2016 -  Penyerahan Sinar Kasih Ramadhan (SKR) dilaksanakan melibatkan enam keluarga di kawasan Paka, Marang dan Kuala Terengganu. Keluarga yang menerima adalah seperti berikut;

Paka - Sumbangan SKR diserahkan kepada Encik Ismail b Jamhari oleh En Bazali Laksana dihalaman rumah beliau. Rumah ini adalah rumah bantuan projek PPRT. Beliau mengalami penyakit darah tinggi tidak lagi mampu bekerja seperti dahulu. Bergantung kepada pendapatan isteri yang bekerja di kedai makan dengan upah RM700 sebulan. Menyara 4 orang anak yang berumur 4 - 14 tahun. Anak kedua beliau adik Putera Muhd Syafiq kini bersekolah di MRSM Kuala Terengganu.

Paka - YBK ke rumah Encik Che Wan Hasin, baharu sahaja menjalani pembedahan kaki akibat kencing manis. Kini tidak lagi mampu untuk bekerja dan bergantung kepada bantuan JKM sebanyak RM300 sebulan dan sedikit dari hasil jualan kuih isteri beliau. Mempunyai 4 orang anak berusia 6 - 16 tahun yang masih bersekolah. Tinggal di rumah pusaka. Sumbangan SKR diserahkan kepada beliau oleh En Bazali Laksana.

Paka - Encik Muhammad B Stapa mengalami lumpuh sejak 6 tahun lepas, tidak mampu untuk bekerja dan bergantung kepada anak yang bekerja sebagai Polis Bantuan dan mengasuh anak jiran. 4 dari 7 anak beliau masih bersekolah. YBK bersama En Bazali Laksana dan En Mohd Raziff Abd Razak menziarahi dan menyerahkan sumbangan SKR kepada beliau di rumahnya.

Paka - Pn Rosminah bt Mat Jusoh tinggal menyewa di rumah ini bersama 6 orang anak berumur antara 7 - 20 tahun yang 4 daripadanya masih bersekolah. Bergantung kepada anak sulung yang bekerja dikedai makan dengan upah RM35 sehari. YBK bersama En Bazali Laksana Pengerusi JKKK Kg Nyiur menziarahi dan menghulur sumbangan SKR kepada anak beliau adik Muhammad Faris Izzat. Adik ini meminati bidang mekanik dan kami meminta dia menghubungi Pusat Latihan YBK Kuala Selangor.

Marang - Perjalanan kami diteruskan ke Marang menemukan kami dengan keluarga Encik Mohd Saidi b Husin. Beliau tidak bekerja sejak beberapa bulan yang lalu setelah kontrak sebagai pengawal keselamatan ditamatkan. Menumpang dirumah mertua bersama isteri dan 3 orang anak dan turut membela adik ipar berusia 8 tahun. YBK menghulurkan sumbangan SKR kepada beliau untuk perbelanjaan berbuka dan bersahur mereka sekeluarga bulan Ramadhan ini. Sumbangan disampaikan oleh En Mohd Raziff Abd Razak.

Kuala Terengganu - Perjalanan sejauh 450km ke Kuala Terengganu tidak melemahkan YBK menjejaki keluarga En Mohd Roma b Ali. Bekerja mengambil upah sebagai buruh dan apa sahaja kerja yang ditawarkan, beliau menyara 4 orang anak yang 3 sudah bersekolah. Menumpang rumah peninggalan arwah datuknya yang agak uzur yang dibina diatas tanah orang. Sumbangan di sampaikan sukarelawan YBK En Mohd Raziff Abd Razak.

🌐 BERKENAAN LAMAN INI

Dasar Privasi & Penafian
Lapor Ralat / Kesilapan

Kandungan di dalam laman web ini (foto, audio, video dan artikel) disediakan oleh Bahagian Media dan Arkib serta Bahagian Penyelidikan dan Komunikasi Korporat, Yayasan Basmi Kemiskinan. Siaran semula atau replikasi kandungan untuk tujuan komersial perlu mendapat kebenaran daripada YBK terlebih dahulu.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : 03 7875 0036
FAKS : 03 7875 0719
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;