HULU LANGAT, 16 Jun 2016 - Penerima, Encik Alius Alimin tidak mampu melakukan kerja-kerja berat selepas ditimpa kemalangan di mana kaki beliau dipasang skru penguat tulang. Kini beliau bersama isteri, Puan Norhayati Rahim bersama-sama mengusahakan perniagaan menjual satay. Suami isteri ini berniaga di bawah khemah di bangunan Pertubuhan Peladang dengan pendapatan purata RM800 sebulan, bergantung kepada permintaan.

Keluarga ini tinggal menyewa di Kg. Sg. Gahal, Hulu Langat dengan sewa RM350 sebulan. Kediaman beliau adalah amat ringkas dengan perabot ala kadar dan sebahagiannya adalah ihsan daripada ibu bapa suami isteri ini. Encik Alius menanggung 4 orang anak yang masih bersekolah dan seorang anak perempuan yang berumur 2 tahun. Keluarga ini tidak menerima bantuan daripada mana-mana agensi.

🌐 BERKENAAN LAMAN INI

Dasar Privasi & Penafian
Lapor Ralat / Kesilapan

Kandungan di dalam laman web ini (foto, audio, video dan artikel) disediakan oleh Bahagian Media dan Arkib serta Bahagian Penyelidikan dan Komunikasi Korporat, Yayasan Basmi Kemiskinan. Siaran semula atau replikasi kandungan untuk tujuan komersial perlu mendapat kebenaran daripada YBK terlebih dahulu.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : 03 7875 0036
FAKS : 03 7875 0719
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;