CHERAS, 25 Mei 2016 - Agihan Sinar Kasih Ramadhan 2016 di kawasan Batu 9 dan 10 Cheras telah dilaksanakan bersama guru bimbingan dan kaunseling daripada SMK Perimbun, Ustazah Rozainal Muda dan Cikgu Syed. Enam (6) keluarga telah dikenal pasti dan sumbangan ini adalah daripada Permodalan YBK Sdn. Bhd. Keluarga berkenaan adalah;

Puan Fazilah bt Ibrahim adalah ibu tunggal yang mengambil upah menyusun ‘name card’ dan material promosi dengan pendapatan tidak tetap RM250 sebulan. Beliau menerima bantuan zakat sebanyak RM600 dan nafkah bekas suami RM250 serta tinggal di rumah pusaka yang agak daif. Menanggung 4 orang anak yang masih belajar.

Puan Fazilah boleh dihubungi di talian 019 690 7329

Puan Johera bt Hambali bergantung harap kepada pendapatan suami, En. Rahman b Patta yang tidak menentu sebagai pemandu lori yang bergaji menurut jumlah trip perjalanan. Kerana kesempitan hidup, anak-anak beliau ada yang terpaksa ditinggalkan bersama saudara di Sabah dan beliau menumpang hidup di rumah ibu saudara. Walaupun hidup serba kekurangan, beliau amat menitik berat pendidikan anak-anak.

Puan Johera boleh dihubungi di talian 014 731 6096.

Puan Jaliah bt Jantan mengambil upah memasang komponen elektronik dengan pendapatan sekitar RM300 sebulan. Suami beliau, En. Muhammad Fahmi tidak bekerja tetap dan pendapatan tidak menentu. Anak ke-2 beliau sedang menunggu tawaran kemasukan ke IPT manakala anak sulung telah bekerja dan menetap berasingan. Beliau menjaga cucu beliau seramai 3 orang.

Puan Jaliah boleh dihubungi di talian 019 363 0388.

Puan Nor Hayati bt Ahmad mencari sumber pendapatan dengan menjual jagung dengan pendapatan sekitar RM800 sebulan. Beliau yang merupakan ibu tunggal tinggal di rumah sewa dan salah seorang anaknya menghidap penyakit ‘anemia’ (kurang darah) dan anak sulungnya adalah OKU. Beliau menanggung 2 orang anak yang masih bersekolah. Beliau tidak menerima apa-apa bantuan tetap daripada mana-mana agensi.

Puan Nor Hayati boleh dihubungi di talian 014 296 8960.

Puan Suzilah Abdul Mutalib adalah seorang ibu tunggal yang menumpang hidup di rumah seorang mualaf. Beliau diuji dengan penyakit yang menyebabkan hilang upaya selama hampir 3 tahun dan isu penceraian. Akibat kesempitan hidup, 3 daripada 4 anaknya terpaksa ditinggalkan di rumah ibunya di Terengganu. Beliau bekerja sebagai pembantu rumah.

Encik Azlan b Zainuri menyara keluarga dengan berniaga ‘burger’ dengan purata pendapatan RM600 sebulan namun tidak diteruskan kerana masalah kesihatan kencing manis, darah tinggi dan jantung. Beliau menanggung 6 orang anak di mana 4 orang masih bersekolah.

Encik Azlan boleh dihubungi di talian 011 1427 6882.

🌐 BERKENAAN LAMAN INI

Dasar Privasi & Penafian
Lapor Ralat / Kesilapan

Kandungan di dalam laman web ini (foto, audio, video dan artikel) disediakan oleh Bahagian Media dan Arkib serta Bahagian Penyelidikan dan Komunikasi Korporat, Yayasan Basmi Kemiskinan. Siaran semula atau replikasi kandungan untuk tujuan komersial perlu mendapat kebenaran daripada YBK terlebih dahulu.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : 03 7875 0036
FAKS : 03 7875 0719
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;