KUALA LUMPUR, 16 April -- Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) menjemput orang ramai untuk memberi sumbangan dan mengagihkan makanan kepada golongan gelendangan setiap hari Sabtu di perkarangan Masjid Jamek Kuala Lumpur.
Program Santuni Gelendangan ini mula dilaksanakan tahun lepas setiap bulan. Namun YBK mengambil pendekatan untuk meneruskan program ini pada tahun ini dengan mengadakannya setiap minggu sebagai salah satu usaha mendekatkan diri dengan masyarakat yang kurang mampu.
Bagi sabtu ini, seramai 19 orang pelajar daripada Kolej Yayasan Pahang turut serta dalam program santuni gelandangan ini. Santuni gelandangan ini merupakan salah satu kertas kerja yang telah mereka ambil dalam kursus persediaan ke luar negara. Pelajar-pelajar telah dibawa melawat kawasan gelandangan di sekitar Masjid Jamek oleh Ustaz Faizal Tan pada waktu malam.
Program ini juga memberi peluang kepada semua pihak yang ada menyimpan hajat dan menunaikan nazar dan bersedekah untuk sama-sama menyumbang dan menderma untuk program ini. Kepada yang berminat untuk berbuat demikian bolehlah menghubungi Asuad Ismail di talian 03-7845 0036 atau 012-617 4051.

 

 

🌐 BERKENAAN LAMAN INI

Dasar Privasi & Penafian
Lapor Ralat / Kesilapan

Kandungan di dalam laman web ini (foto, audio, video dan artikel) disediakan oleh Bahagian Media dan Arkib serta Bahagian Penyelidikan dan Komunikasi Korporat, Yayasan Basmi Kemiskinan. Siaran semula atau replikasi kandungan untuk tujuan komersial perlu mendapat kebenaran daripada YBK terlebih dahulu.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : 03 7875 0036
FAKS : 03 7875 0719
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;