Gesir Tengah, 23 Jan 2016 – Setiap awal tahun menjadi rutin kepada sukarelawan Akademi YBK Gesir (AKYBK) menabur bakti di Asrama Kasih YBK Gesir/ Jambor Sakti. Kebiasaannya gotong-royong mengindah serta menceriakan kawasan persekitaran asrama. Gotong-royong ini bermula jam 8.00 pagi dan berakhir jam 1.00 petang. Cuaca pada masa ini agak panas menyebabkan gotong royong diberhentikan dan diteruskan pada hari lain. 
Sukarelawan AKYBK ini diketuai oleh Pn Norleza Hambali, kakitangan serta pelajarnya seramai 10 orang. Bagi tahun ini projek utamanya adalah mengecat dinding serta menanam pokok bunga yang akan diletakkan di sekitar kawasan asrama. Selain daripada itu, sukarelawan juga melakukan pembersihan di tempat mandi asrama.  
Terima kasih kepada semua kakitangan YBK dan AKYBK yang turut serta. Semoga dengan gotong-royong ini dapat menceriakan kawasan asrama.

 

 

🌐 BERKENAAN LAMAN INI

Dasar Privasi & Penafian
Lapor Ralat / Kesilapan

Kandungan di dalam laman web ini (foto, audio, video dan artikel) disediakan oleh Bahagian Media dan Arkib serta Bahagian Penyelidikan dan Komunikasi Korporat, Yayasan Basmi Kemiskinan. Siaran semula atau replikasi kandungan untuk tujuan komersial perlu mendapat kebenaran daripada YBK terlebih dahulu.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : 03 7875 0036
FAKS : 03 7875 0719
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;