SHAH ALAM, 31 Disember 2015 - Majlis Malam Semaian Azam Tahun Baru 2016 merangkap makan malam tahunan telah diadakan di Hotel Best Western, i-City Shah Alam. Kehadiran melibatkan seluruh warga kerja YBK dan Syarikat Kumpulan YBK seramai lebih 200 orang. Majlis yang bertemakan 'Bollywood' turut dihadiri oleh semua ALPA YBK dan jemputan-jemputan khas.

Majlis bermula pada jam 8 malam selepas sesi fotografi. Bacaan doa menjadi pembuka majlis yang dipimpin oleh YBhg. Ustaz Mohd Faisal Tan Mutalib, ALPA YBK, disusuli dengan tayangan video Aktiviti YBK sepanjang tahun 2015. Jamuan makan kemudiannya bermula dan para hadirin menjamu selera sambil mendengar alunan lagu daripada 'band' yang membuat persembahan.

Warga kerja YBK dan anak-anak syarikat turut mempamerkan bakat terpendam melalui persembahan kumpulan, di mana pelbagai gelagat dan gaya dapat dilihat. Cabutan bertuah diselang-seli antara persembahan.

Majlis diteruskan dengan ucapan oleh Ketua Pegawai Eksekutif YBK, En. Zulhairy Jalaluddin disusuli dengan ucapan Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Kumpulan YBK, Datin Hartini Osman. Kemuncak majlis adalah ucapan dan amanat daripada YBhg. Dato' Hj. Zainal Abidin Sakom, Pengerusi YBK. Beliau menyeru seluruh warga kerja untuk bekerja dengan lebih gigih dan menerapkan pengamalan nilai murni seperti keikhlasan, di samping merombak cara berfikir ke aras yang lebih tinggi.

Sesi penyampaian 'Anugerah Pekerja Contoh' dan 'Anugerah Pekerja Cemerlang' telah disampaikan sendiri oleh Dato' Pengerusi kepada para penerima. Bacaan ikrar oleh YBK dan Syarikat Kumpulan YBK kemudiannya menyusul yang diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif masing-masing. Majlis diakhiri dengan penyampaian hadiah persembahan kumpulan terbaik, pakaian terbaik dan cabutan bertuah.

Semoga tahun 2016 yang mendatang memberi iltizam baru kepada seluruh warga kerja untuk lebih fokus, berketrampilan dan ikhlas dalam melaksanakan amanah kerja yang diberi.

🌐 BERKENAAN LAMAN INI

Dasar Privasi & Penafian
Lapor Ralat / Kesilapan

Kandungan di dalam laman web ini (foto, audio, video dan artikel) disediakan oleh Bahagian Media dan Arkib serta Bahagian Penyelidikan dan Komunikasi Korporat, Yayasan Basmi Kemiskinan. Siaran semula atau replikasi kandungan untuk tujuan komersial perlu mendapat kebenaran daripada YBK terlebih dahulu.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : 03 7875 0036
FAKS : 03 7875 0719
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;