Batang Kali, 19/12/2015 – YBK melalui program Sinar Kasih YBK (SKY) telah melawat keluarga En Shahrin Abd Ghani di Bandar Utama, Batang Kali yang ditimpa musibah kebakaran membabitkan rumahnya. Ketika lawatan ini, gotong-royong membersihkan bahagian tingkat dua rumah sedang dijalankan oleh belia taman.

Mengikut daripada siasatan awal pihak BOMBA, kebakaran ini berlaku akibat daripada litar pintas. Secara keseluruhannya hampir 80% rumah ini dijilat api. Tiada kemalangan & kecederaan kerana semua penghuni pada masa ini Berjaya menyelamatkan diri.

YBK menyampaikan bantuan tunai kepada keluarga ini. Semoga mereka semua tabah menghadapi dugaan dan kesulitan musibah kebakaran ini.  

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : 03 7875 0036
FAKS : 03 7875 0719
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;