Kelana Jaya - Bagi sesi 2011 YBK berjaya mengambil 40 orang pelajar baru terdiri daripada 31 pelajar perempuan dan 9 pelajar lelaki untuk ditempatkan di ASKA Serendah. Keseluruhan pelajar di ASKA Serendah kini telah mencecah 159 orang pelajar (tingkatan 1 - 5). Bagi ASKA Jambo Sakti pula seramai 45 orang pelajar (tahun 3 - 6) telah diisi.

Secara umumnya ASKA menyediakan penginapan dan makan percuma di samping bimbingan belajar. Dengan kemudahan infra-struktur seperti peralatan sukan, surau, kemudahan belajar (perpustakaan, bilik komputer) kelas fardhu ain, yuran sekolah, yuran peperiksaan, duit belanja harian dan kemudahan pengangkutan bas, YBK yakin dapat melahirkan pelajar yang cemerlang, berdisiplin dan memiliki siasah hidup yang baik. ASKA juga memberikan penekanan soal sikap dan disiplin pelajar-pelajar melalui pengajian Fardu Ain dan Fardu Kifayah.

YBK mengucapkan tahniah kepada pelajar-pelajar yang terpilih ke ASKA untuk tahun ini. Harapan YBK agar pelajar-pelajar ini akan mendapat kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran seterusnya dapat membantu keluarga mereka keluar daripada kepompong kemiskinan. Jadikan ASKA sebagai platform untuk pelajar-pelajar ini meningkatkan jati diri dan beroleh kecemerlangan hidup.

 

🌐 BERKENAAN LAMAN INI

Dasar Privasi & Penafian
Lapor Ralat / Kesilapan

Kandungan di dalam laman web ini (foto, audio, video dan artikel) disediakan oleh Bahagian Media dan Arkib serta Bahagian Penyelidikan dan Komunikasi Korporat, Yayasan Basmi Kemiskinan. Siaran semula atau replikasi kandungan untuk tujuan komersial perlu mendapat kebenaran daripada YBK terlebih dahulu.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : 03 7875 0036
FAKS : 03 7875 0719
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;