Serendah, 12 Julai.2015 - Asrama Kasih Serendah melaksanakan Majlis khatam Al Quran sempena penutupan aktiviti bertaddarus Al Quran bulan Ramadhan 2015 Asrama Kasih YBK. Majlis ini diadakan bagi tujuan meraikan anak anak Asrama Kasih yang telah berjaya mengikuti program tadarus bermula dari 15 Ramadhan. Program ini sebagai usaha YBK menggalakkan pelajar asrama mendekati kegiatan membaca Al Quran seb agai amalan harian.  Majlis Khatam Al Quran ini adalah sebagai galakan dan penghargaan kepada anak anak remaja asrama yang terlibat dalam aktiviti ini. 

Majlis turut sama hadir memberi sokongan ialah Dato.Hj. Bing Selamat ALPA YBK. Bacaan Alquran diketuai oleh Ust. Saiful Akmal warden Asrama Kasih Ybk. Program Tadarus Al quran menjadi program wajib Asrama Kasih setiap Tahun. Tn. Hj Sunip dari syarikat seri menawan telah menyumbang 138 bunga telor sebagai simbolik meraikan khatam Alquran anak anak.

Dato Hj.Bing telah menyampaikan ucapan yang penuh dengan pengisian nasihat kepada anak anak Asrama agar terus kehadapan dan berazam mencipta sesuatu yang baru di masa akan datang. Majlis selesai pada jam 10.30 malam dengan di tutupi solat witir 3 rakaat dan jamuan moreh bersama menu pulut kuning dan sambal tumis. Bersama Yayasan Basmi Kemiskinan

🌐 BERKENAAN LAMAN INI

Dasar Privasi & Penafian
Lapor Ralat / Kesilapan

Kandungan di dalam laman web ini (foto, audio, video dan artikel) disediakan oleh Bahagian Media dan Arkib serta Bahagian Penyelidikan dan Komunikasi Korporat, Yayasan Basmi Kemiskinan. Siaran semula atau replikasi kandungan untuk tujuan komersial perlu mendapat kebenaran daripada YBK terlebih dahulu.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : 03 7875 0036
FAKS : 03 7875 0719
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;