KUALA LUMPUR, 16 Mei 2015 - Gelandangan di bandaraya Kuala Lumpur terus disantuni dengan Program Bulanan Agihan Makan Tengahari bersama Masjid Jamek Bandaraya Kuala Lumpur. Aktiviti ini merupakan acara bulanan YBK yang telah berlangsung sejak bulan Ogos 2014.

Pek makanan sebanyak 100 unit mula diagihkan pada jam 12 tengahari. Kumpulan gelandangan telah menunggu dan beratur di hadapan pintu pagar utama masjid seawal jam 11:30 pagi. Tugasan agihan telah dilaksanakan oleh sukarelawan serta pegawai Masjid Jamek dan dibantu oleh pegawai YBK.

YBK komited untuk terus melaksanakan aktiviti ini di masa-masa akan datang dengan kerjasama pengurusan Masjid Jamek Bandaraya Kuala Lumpur. Semangat YBK Peduli! ini akan terus diterapkan di dalam program-program yang lain terutamanya program sukarelawan.

🌐 BERKENAAN LAMAN INI

Dasar Privasi & Penafian
Lapor Ralat / Kesilapan

Kandungan di dalam laman web ini (foto, audio, video dan artikel) disediakan oleh Bahagian Media dan Arkib serta Bahagian Penyelidikan dan Komunikasi Korporat, Yayasan Basmi Kemiskinan. Siaran semula atau replikasi kandungan untuk tujuan komersial perlu mendapat kebenaran daripada YBK terlebih dahulu.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : 03 7875 0036
FAKS : 03 7875 0719
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;