SERENDAH, 7 Mac 2015 - Asrama Kasih YBK Serendah telah menerima kunjungan daripada pihak SCOMI Engineering. Kunjungan yang melibatkan 30 orang kakitangan ini bertujuan bagi melaksanakan program CSR di ASKA Serendah di samping mendekatkan diri dengan pelajar. Program turut dihadiri oleh Pn. Rohaidah bt. Ali Badaruddin selaku Presiden SCOMI Engineering.

Aktiviti dimulakan dengan gerakan senamrobik sebelum diteruskan dengan aktiviti mengecat. Sesi meliputi mengecat tembok dan pagar asrama, gotong-royong membersihkan asrama, dan 'landscaping'. Pelajar ASKA turut dijamu dengan sarapan pagi dan makan tengahari yang ditaja oleh SCOMI Engineering. Penyampaian saguhati dan sesi bergambar diadakan selepas program disempurnakan pada jam 12:30 tengahari.

Asrama Kasih terus menjadi pilihan untuk organisasi melaksanakan program kemasyarakatan di mana ini memberikan impak positif kepada para pelajar daripada aspek pendedahan dan pengalaman. Semoga para pelajar mendapat manfaat daripada program ini dan ASKA melahirkan penghargaan kepada SCOMI Engineering kerana melaksanakan program dengan jayanya.

🌐 BERKENAAN LAMAN INI

Dasar Privasi & Penafian
Lapor Ralat / Kesilapan

Kandungan di dalam laman web ini (foto, audio, video dan artikel) disediakan oleh Bahagian Media dan Arkib serta Bahagian Penyelidikan dan Komunikasi Korporat, Yayasan Basmi Kemiskinan. Siaran semula atau replikasi kandungan untuk tujuan komersial perlu mendapat kebenaran daripada YBK terlebih dahulu.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : 03 7875 0036
FAKS : 03 7875 0719
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;