TELUK INTAN, 9 Mac 2015 - YBK telah mengadakan lawatan ke dua buah sekolah KUNTUM yang terletak di negeri Perak. Sekolah berkenaan adalah SMK Sg. Ranggam dan SMK Muzafar Shah 1. Tujuan lawatan ini adalah sebahagian aktiviti kunjung hormat kepada pihak sekolah di samping untuk menyampaikan sumbangan beg sekolah kepada pelajar-pelajar yang terlibat dengan KUNTUM untuk sesi 2015.

Sebanyak 100 buah beg sekolah telah disampaikan kepada kedua-dua sekolah berkenaan. Sumbangan di SMK Sg. Ranggam diterima oleh Cikgu Noorsham manakala di SMK Muzafar Shah 1, diterima oleh Pn. Salbiah. Kedua-dua guru ini adalah penyelaras program KUNTUM di sekolah masing-masing.

KUNTUM adalah singkatan 'Kumpulan Tuisyen Hujung Minggu' dan ia merupakan salah satu program yang menjadi teras kepada pembangunan modal insan yang merupakan tunjang utama YBK.

🌐 BERKENAAN LAMAN INI

Dasar Privasi & Penafian
Lapor Ralat / Kesilapan

Kandungan di dalam laman web ini (foto, audio, video dan artikel) disediakan oleh Bahagian Media dan Arkib serta Bahagian Penyelidikan dan Komunikasi Korporat, Yayasan Basmi Kemiskinan. Siaran semula atau replikasi kandungan untuk tujuan komersial perlu mendapat kebenaran daripada YBK terlebih dahulu.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : 03 7875 0036
FAKS : 03 7875 0719
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;