Jerantut, 2/3/2015 - YBK mengadakan perbincangan dengan Tuan Asmawi Kadhi Pejabat Agama Daerah Jerantut bagi menyelaras rancangan YBK membina sebuah surau di Kg Belebar Kuala Tahan. Surau yang digunakan oleh penduduk seramai 40 isi rumah di sini telah musnah sama sekali akibat banjir baru-baru. Oleh itu perbincangan yang dihadhiri oleh Ustaz Rasul Zaman Ramli (Pegawai Pengimarah Masjid & Surau Jerantut), Encik Tarmizi (pejabat tanah & galian Jerantut, Wan Ahmad (Pegawai JPP) dan Nor asmera (wakil tuan tanah).

Dalam perbincangan ini, pejabat Majlis Agama Islam Pahang bersetuju membantu menyelaras rancangan pembinaan surau tersebut setelah beberapa isu diselesaikan dulu seperti pengwartaan wakaf oleh pejabat majlis Agama Islam Pahang, hakmilik tanah oleh tuan punya tanah yang ingin mewakafkan tanah surau dan plan bangunan surau yang mendapat kelulusan pejabat daerah. 

YBK yang diwakili oleh Tuan Hj Hamzah Jalli (Ahli Lembaga Pemegang Amanah) bersetuju membiaya sebahagian besar kos pembangunan surau yang sesuai untuk kegunaan penduduk kampung setelah mengambil kira dan kesediaan sokongan penduduk kampung membangunkan secara gotong royong dan mengajak lebih ramai pihak yang ingin membantu. YBK juga akan menyerahkan sepenunya kepada pejabat Agama Jerantut menjayakan rancangan tersebut. 

🌐 BERKENAAN LAMAN INI

Dasar Privasi & Penafian
Lapor Ralat / Kesilapan

Kandungan di dalam laman web ini (foto, audio, video dan artikel) disediakan oleh Bahagian Media dan Arkib serta Bahagian Penyelidikan dan Komunikasi Korporat, Yayasan Basmi Kemiskinan. Siaran semula atau replikasi kandungan untuk tujuan komersial perlu mendapat kebenaran daripada YBK terlebih dahulu.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : 03 7875 0036
FAKS : 03 7875 0719
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;