SERENDAH, 26 Februari 2015 - Komuniti Orang Asli di Kg Ulu Melaka, Serendah terus mendapat perhatian YBK dengan sesi ziarah bulanan bagi mendekati masyarakat di sana. Ziarah ini merupakan sebahagian daripada inisiatif dakwah kepada masyarakat orang asli di mana Kg Ulu Melaka merupakan 'kampung angkat' YBK. Sesi ziarah ini menyaksikan YBK telah menyumbang kampit beras kepada wakil-wakil keluarga yang hadir. Seramai 160 wakil keluarga hadir pada sesi ini.

Penyerahan beras telah dilaksanakan di dewan dan satu taklimat ringkas turut diadakan oleh Pengerusi JKKK dan pegawai YBK. Anak-anak orang asli yang hadir turut diberi buah tangan. Wakil keluarga yang hadir berasa teruja dan gembira serta memberikan kerjasama yang baik. Program dakwah orang asli ini akan diteruskan dan YBK komited untuk menyumbang dan membangunkan komuniti ini sejajar dengan semangat 'YBK Peduli!'

🌐 BERKENAAN LAMAN INI

Dasar Privasi & Penafian
Lapor Ralat / Kesilapan

Kandungan di dalam laman web ini (foto, audio, video dan artikel) disediakan oleh Bahagian Media dan Arkib serta Bahagian Penyelidikan dan Komunikasi Korporat, Yayasan Basmi Kemiskinan. Siaran semula atau replikasi kandungan untuk tujuan komersial perlu mendapat kebenaran daripada YBK terlebih dahulu.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : 03 7875 0036
FAKS : 03 7875 0719
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;