SERENDAH, 25 NOVEMBER 2026 – Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) terus memperkukuh komitmennya dalam menyokong kesejahteraan dan pembangunan pendidikan golongan kurang berkemampuan menerusi pelaksanaan Program YBK EYE – Lensa MADANI, yang memberi manfaat kepada 150 orang murid sekolah rendah di daerah Hulu Selangor melalui pemberian bantuan cermin mata percuma.

Program yang berlangsung di Dewan Tan Sri Muhammad bin Mohd Taib, Asrama Kasih YBK, Serendah ini merupakan inisiatif kerjasama strategik antara YBK dengan Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) Selangor, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Hulu Selangor, D'Stream Vision Sdn. Bhd. serta Klinik Optometri Bergerak Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Hadir dalam program YBK EYE – Lensa MADANI ini adalah YBhg. Dato' Haji Mohd Khidir Bin Majid (Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) Selangor); YBrs. Encik Azrul Hisham Bin Hamzah (Timbalan PPD Sektor Pembangunan Murid, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Hulu Selangor); YBrs. Tuan Ahmad Din (Pengarah D'Stream Vision Sdn. Bhd.); YBrs. Prof. Dr. Haliza Abdul Muttalib (Penyelaras Klinik Optometri Bergerak Universiti Kebangsaan Malaysia); YBhg. Dato’ Haji Zainal Abidin Haji Sakom (Pengerusi YBK); YBhg. Datin Dr. Hajah Hartini Osman (Pengerusi Asrama Kasih YBK); YBrs. Encik Muhammad Sherhan Nizam bin Abdul Aziz (Pengurus Besar YBK); para pegawai dari Ibu Pejabat ICU dan ICU Selangor, para pegawai YBK, guru pengiring dan para pelajar.

Menariknya, bantuan yang disalurkan menerusi program ini bukan sahaja melibatkan pemberian cermin mata bernilai RM150, malah setiap penerima turut menerima wang tunai sebanyak RM200 dan baucar bernilai RM200. Secara keseluruhannya, setiap murid menerima manfaat bernilai RM550, menjadikan jumlah keseluruhan bantuan kepada 150 orang murid sebanyak RM82,500.

Dalam ucapannya, Pengarah ICU Selangor, YBhg. Dato' Haji Mohd Khidir bin Majid, menegaskan bahawa kerajaan sentiasa memberikan perhatian terhadap kebajikan rakyat, khususnya golongan yang memerlukan, selaras dengan semangat ihsan di bawah agenda MADANI. Beliau berharap bantuan yang diberikan dapat dimanfaatkan sebaik-baiknya oleh para murid sebagai pemangkin untuk terus mencapai kecemerlangan dalam pendidikan.

Pengerusi YBK, YBhg. Dato' Haji Zainal Abidin Sakom, dalam ucapannya menekankan bahawa masalah penglihatan yang tidak dikenal pasti boleh menjejaskan prestasi akademik murid. Justeru, pengesanan awal serta penyediaan bantuan yang bersesuaian amat penting bagi memastikan setiap murid mempunyai peluang pembelajaran yang lebih baik.

Pelaksanaan YBK EYE – Lensa MADANI di Hulu Selangor ini merupakan langkah permulaan ke arah hasrat YBK untuk memperluas inisiatif berkenaan ke daerah-daerah lain di Negeri Selangor secara berperingkat, tertakluk kepada ketersediaan dana, kerjasama strategik serta keperluan setempat. Untuk rekod, program ini merupakan kesinambungan daripada usaha rintis YBK Eye yang dilaksanakan pada tahun 2019, yang telah memberi manfaat kepada 320 orang pelajar daripada 37 buah sekolah di empat daerah di Selangor.


Gambar: Facebook Yayasan Basmi Kemiskinan


150 PRIMARY SCHOOL PUPILS IN HULU SELANGOR BENEFIT FROM YBK EYE – LENSA MADANI PROGRAMME

SERENDAH, 25 NOVEMBER 2026 – Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) continues to strengthen its commitment to supporting the well-being and educational development of underprivileged communities through the implementation of the YBK EYE – Lensa MADANI Programme, which has benefited 150 primary school pupils in the Hulu Selangor district through the provision of free spectacles.

Held at Dewan Tan Sri Muhammad bin Mohd Taib, Asrama Kasih YBK, Serendah, the programme was a strategic collaborative initiative between YBK, the Implementation Coordination Unit (ICU), Prime Minister’s Department (JPM), Selangor, the Hulu Selangor District Education Office (PPD), D'Stream Vision Sdn. Bhd. and the Mobile Optometry Clinic of Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Among those present were YBhg. Dato’ Haji Mohd Khidir bin Majid, Director of the Implementation Coordination Unit (ICU), Prime Minister’s Department (JPM), Selangor; YBrs. Encik Azrul Hisham bin Hamzah, Deputy District Education Officer, Student Development Sector, Hulu Selangor District Education Office; YBrs. Tuan Ahmad Din, Director of D'Stream Vision Sdn. Bhd.; YBrs. Prof. Dr. Haliza Abdul Muttalib, Coordinator of the Mobile Optometry Clinic, Universiti Kebangsaan Malaysia; YBhg. Dato’ Haji Zainal Abidin Haji Sakom, Chairman of YBK; YBhg. Datin Dr. Hajah Hartini Osman, Chairperson of Asrama Kasih YBK; and YBrs. Encik Muhammad Sherhan Nizam bin Abdul Aziz, General Manager of YBK. Also in attendance were officers from ICU Headquarters and ICU Selangor, YBK officers, accompanying teachers and pupils.

Notably, the assistance provided under this programme went beyond the provision of spectacles valued at RM150. Each recipient also received RM200 in cash assistance and a voucher worth RM200. This means that every pupil received benefits totalling RM550, bringing the overall assistance provided to the 150 pupils to RM82,500.

In his speech, Director of ICU Selangor, YBhg. Dato’ Haji Mohd Khidir bin Majid, emphasised that the Government remains committed to safeguarding the welfare of the people, particularly those in need, in line with the spirit of compassion underpinning the MADANI agenda. He expressed his hope that the assistance provided would be put to good use by the pupils and serve as a catalyst for them to continue striving for excellence in their education.

Chairman of YBK, YBhg. Dato’ Haji Zainal Abidin Sakom, highlighted in his speech that undetected vision problems can affect pupils’ academic performance. Therefore, early detection and the provision of appropriate assistance are essential to ensuring that every pupil has better learning opportunities.

The implementation of YBK EYE – Lensa MADANI in Hulu Selangor marks the first step towards YBK’s aspiration to gradually expand this initiative to other districts across Selangor, subject to funding availability, strategic partnerships and local needs. For the record, this programme builds upon YBK’s pioneering YBK Eye initiative, which was first implemented in 2019 and benefited 320 students from 37 schools across four districts in Selangor.

Read more