Mesyuarat Pengurusan - Yayasan Basmi Kemiskinan

  • Mesyuarat Pengurusan YBK Bil. 1/2026

    KELANA JAYA, 8 Januari 2026 – Mesyuarat Pengurusan Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) bagi tahun 2026 telah berlangsung hari ini di Rumah YBK, Kelana Jaya. Mesyuarat ini merupakan mesyuarat pengurusan pertama bagi tahun baharu, sekali gus menjadi penanda aras awal dalam menyelaras hala tuju dan keutamaan strategik YBK sepanjang 2026.

    Mesyuarat dipengerusikan oleh YBhg. Datin Dr. Hartini Osman selaku Penasihat Pentadbiran YBK dan dihadiri Pengurus Besar, Encik Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz dan barisan Ketua Jabatan. Pengurus Besar dan Ketua-Ketua Jabatan telah membentangkan laporan dan perancangan Jabatan masing-masing.

    Dalam mesyuarat ini juga, pihak pengurusan YBK mengalu-alukan pelantikan Pengurus Kewangan YBK yang baharu, iaitu Puan Siti Fairus Abdul Mohamed. Kehadiran beliau diharap dapat memperkukuh pengurusan kewangan organisasi, khususnya dalam memastikan perancangan belanjawan dan kawalan kewangan dilaksanakan secara berhemah, telus dan berintegriti.


    Gambar: Facebook Yayasan Basmi Kemiskinan


    YBK MANAGEMENT MEETING NO. 1/2026

    KELANA JAYA, 8 January 2026 – The Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) Management Meeting for the year 2026 was held today at Rumah YBK, Kelana Jaya. This meeting marked the first management meeting of the new year and served as an early benchmark for aligning YBK’s strategic direction and priorities throughout 2026.

    The meeting was chaired by YBhg. Datin Dr. Hartini Osman, Administrative Advisor of YBK, and was attended by the General Manager, Mr. Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz, along with the Heads of Departments. The General Manager and department heads presented reports and plans for their respective departments.

    During the meeting, YBK management also welcomed the appointment of the new YBK Finance Manager, Ms. Siti Fairus Abdul Mohamed. Her appointment is expected to strengthen the organization’s financial management, particularly in ensuring prudent, transparent, and integrity-driven budget planning and financial controls.

    Read more
  • Mesyuarat Pengurusan YBK - November 2025

    KELANA JAYA, 12 November 2025 - Telah berlangsung Mesyuarat Pengurusan Yayasan Basmi Kemiskinan di Ibu Pejabat YBK, Kelana Jaya.

    Mesyuarat dipengerusikan oleh YBhg. Datin Dr. Hajah Hartini Osman selaku Penasihat Pentadbiran YBK. Beliau dengan sukacita mengingatkan pengurusan agar bersedia untuk menghadapi tahun 2026 dengan perancangan program serta menaik taraf aspek pengurusan ke arah kerangka ESG dan juga penarafan ISO.

    Encik Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz telah menyampaikan laporan pengurusan diikuti dengan setiap Pengurus Jabatan memaklumkan laporan kemajuan program serta perkara-perkara berbangkit di peringkat Jabatan masing-masing.


    YBK MANAGEMENT MEETING – NOVEMBER 2025

    KELANA JAYA, 12 November 2025 – The Management Meeting of Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) was held at the YBK Headquarters in Kelana Jaya. The meeting was chaired by YBhg. Datin Dr. Hajah Hartini Osman, Administrative Advisor of YBK.

    She expressed her appreciation and reminded the management team to be fully prepared for 2026, particularly in planning upcoming programs and upgrading management practices in line with ESG (Environmental, Social & Governance) frameworks and ISO certification standards.

    Mr. Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz presented the overall management report, followed by updates from each Department Manager who reported on program progress and department-level matters arising.

    Read more
  • Mesyuarat Pengurusan YBK Bil. 7/2025

    KELANA JAYA, 22 Oktober 2025 - Telah berlangsung Mesyuarat Pengurusan Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) di Rumah YBK, Kelana Jaya.

    Mesyuarat dipengerusikan oleh YBhg. Datin Dr. Hartini Osman selaku Penasihat Pentadbiran YBK dan dihadiri oleh Ketua-Ketua Jabatan. Setiap Ketua Jabatan telah membentangkan laporan kerja serta tindakan yang sedang dilaksanakan.

    Dalam mesyuarat ini juga, YBhg. Datin turut mengingatkan semua Ketua Jabatan untuk mempersiapkan perancangan program dan juga belanjawan untuk tahun 2026.


    YBK MANAGEMENT MEETING NO. 7/2025

    KELANA JAYA, 22 October 2025 – The Management Meeting of Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) was held at Rumah YBK, Kelana Jaya.

    The meeting was chaired by YBhg. Datin Dr. Hartini Osman, Administrative Advisor of YBK, and attended by all Department Heads. Each Head presented their departmental reports and ongoing action plans.

    During the meeting, Datin Dr. Hartini also reminded all Department Heads to begin preparing their program plans and budgets for the year 2026.

    Read more

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial rasmi ;