Ahli Lembaga Pemegang Amanah YBK - Yayasan Basmi Kemiskinan

  • Mesyuarat Ahli Lembaga Pemegang Amanah YBK Bil. 108/2024

    KELANA JAYA, 27 Disember 2024 - Hari ini telah berlangsung Mesyuarat Ahli Lembaga Pemegang Amanah (ALPA) Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) ke-108 di Rumah YBK Kelana Jaya.

    Mesyuarat telah dipengerusikan oleh YBhg. Dato' Haji Zainal Abidin Sakom (Pengerusi YBK) dan dihadiri oleh semua Ahli Lembaga iaitu Encik Zulhairy Jalaluddin, Dr. Abdul Fatah Haji Khalid, Encik Zainal Mohd Jais, juga Prof. Madya Dr. Mohd Mursyid Arshad dan Ustaz Mohd Faisal Tan Mutallib yang hadir secara sidang video.

    Turut bersama, YBhg. Datin Dr. (h.c.) Hajah Hartini Osman, Encik Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (Pengurus Besar YBK), dan ketua-ketua Jabatan.

    Mesyuarat dimulakan dengan aluan daripada Dato' Pengerusi YBK sebelum agenda mesyuarat dibentangkan oleh Pengurus Besar YBK. Fokus utama mesyuarat adalah pembentangan belanjawan YBK tahun 2025 untuk kelulusan, dan memperoleh perakuan Pelan Strategik YBK 2025-2030, di samping urusan-urusan berkaitan.

    Dato' Pengerusi YBK dan ALPA mengingatkan pengurusan agar lebih proaktif dalam memantau gerak kerja para karyawan dan mengelakkan urusan-urusan penting daripada terlewat dilaksana. Beliau juga mengucapkan selamat tahun baru kepada semua ALPA dan pengurusan dan berharap YBK akan menjadi lebih proaktif pada tahun 2025.

    Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.00 tengahari.


    Gambar: Facebook Yayasan Basmi Kemiskinan


     

    Read more
  • Semakan Draf Pelan Strategik YBK 2025-2030

    SERDANG, 13 Disember 2024 - Telah berlangsung sesi perbincangan dan semakan draf Pelan Strategik Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) 2025-2030 bersama YBhg. Prof. Madya Dr. Mohd Mursyid Arshad, ALPA YBK merangkap Pengarah Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM).

    Sesi perbincangan bermula pada jam 3 petang, melibatkan Pengurus Besar YBK, Encik Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz dan ketua-ketua jabatan serta outlet YBK. Setiap ketua jabatan telah membentang draf terkini 'impact mapping' jabatan masing-masing untuk semakan dan ulasan oleh Dr. Mursyid selaku ketua projek.

    Secara dasarnya Dr. Mursyid berpuas hati dengan draf terkini 'impact mapping' yang dibentangkan oleh ketua jabatan serta outlet. Beliau meminta setiap ketua jabatan mengemas kini draf berdasarkan ulasan-ulasan beliau. Kertas ini akan diperhalusi di peringkat akhir sebelum diangkat kepada Ahli Lembaga untuk kelulusan.


    Gambar: Facebook Yayasan Basmi Kemiskinan


     

    Read more

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial rasmi ;