Koperasi Kasih YBK - Yayasan Basmi Kemiskinan

  • Mesyuarat Agung Tahunan Ke-9 Koperasi Kasih YBK

    KELANA JAYA, 11 Jun 2026 - Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Koperasi Kasih Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) Selangor Berhad (Ko-Kasih) telah diadakan di Rumah YBK Kelana Jaya hari ini.

    Mesyuarat kali ke-9 ini telah dipengerusikan oleh YBhg. Datin Dr. Hajah Hartini Osman selaku Pengerusi Ko-Kasih dan turut dihadiri oleh YBhg. Dato' Haji Zainal Abidin Sakom (Penasihat Ko-Kasih merangkap Pengerusi YBK), Encik Zulhairy Jalaluddin (Timbalan Pengerusi Ko-Kasih merangkap ALPA YBK), Ahli-Ahli Lembaga Koperasi serta ahli-ahli koperasi yang terdiri daripada karyawan, mantan karyawan serta alumni YBK.

    Agenda mesyuarat berfokus kepada pembentangan laporan aktiviti dan kewangan, pelantikan, serta cadangan Koperasi Ko-Kasih untuk menceburi bidang baharu berkaitan kewangan sebagai strategi memperkukuh aliran pendapatan demi manfaat ahli.


    Gambar: Facebook Yayasan Basmi Kemiskinan


    9TH ANNUAL GENERAL MEETING OF KOPERASI KASIH YBK

    KELANA JAYA, 11 June 2026 – The 9th Annual General Meeting (AGM) of Koperasi Kasih Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) Selangor Berhad (Ko-Kasih) was held today at Rumah YBK, Kelana Jaya.

    The meeting was chaired by YBhg. Datin Dr (h.c) Hartini Osman, Chairperson of Ko-Kasih, and was attended by YBhg. Dato' Haji Zainal Abidin Sakom (Advisor to Ko-Kasih and Chairman of YBK), Mr. Zulhairy Jalaluddin (Deputy Chairperson of Ko-Kasih and YBK Board of Trustees Member), members of the Cooperative Board, and cooperative members comprising YBK staff, former staff, and YBK alumni.

    The meeting agenda focused on the presentation of activity and financial reports, appointments, and proposals for Ko-Kasih to venture into new areas related to financial services as a strategy to strengthen its revenue stream for the benefit of its members.

    Read more
  • Mesyuarat Ahli Lembaga Koperasi Kasih YBK

    KELANA JAYA, 8 April 2026 - Mesyuarat Ahli Lembaga Koperasi Kasih Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) Selangor Berhad (Ko-Kasih) telah diadakan pada sebelah petang di Ibu Pejabat YBK.

    Mesyuarat telah dipengerusikan oleh YBhg. Datin Dr. Hajah Hartini Osman selaku Pengerusi Ko-Kasih. Beberapa agenda telah dibincangkan antaranya laporan aktiviti dan kewangan koperasi, perancangan untuk melaksanakan Mesyuarat Agung Koperasi, dan perkara-perkara berbangkit yang lain.

    Turut hadir Ahli Lembaga Koperasi merangkap AJK iaitu Puan Rafizah Ibrahim (Setiausaha), Puan Norhani Layali Zainal Abidin (Bendahari), dan barisan Ahli Jawatankuasa iaitu Encik Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (Pengurus Besar YBK), Puan Janita Aga Mohd Jaladin, Puan Halimaton Saadiah Mohd Nawawi (Pengetua Asrama Kasih YBK), Encik Asuad Ismail (Pengurus Pembangunan Aset YBK) dan Encik Audi Faliq Ibrahim (Pengurus Media dan Perhubungan Awam YBK).


    Gambar: Facebook Yayasan Basmi Kemiskinan


    KOPERASI KASIH YBK BOARD OF DIRECTORS MEETING

    KELANA JAYA, 8 April 2026 – The Board of Directors Meeting of Koperasi Kasih Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) Selangor Berhad (Ko-Kasih) was held in the afternoon at YBK Headquarters.

    The meeting was chaired by YBhg. Datin Dr. Hajah Hartini Osman, Chairperson of Ko-Kasih. Several key agenda items were discussed, including the cooperative’s activity and financial reports, planning for the upcoming Annual General Meeting, and other related matters.

    Also present were Board Members and Committee Members, namely Ms. Rafizah Ibrahim (Secretary), Ms. Norhani Layali Zainal Abidin (Treasurer), and committee members including Mr. Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (General Manager of YBK), Ms. Janita Aga Mohd Jaladin, Ms. Halimaton Saadiah Mohd Nawawi (Principal of Asrama Kasih YBK), Mr. Asuad Ismail (YBK Asset Development Manager), and Mr. Audi Faliq Ibrahim (YBK Media and Public Relations Manager).

    Read more

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial rasmi ;