Gesir, 27 April – Sukarelawan Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) hari ini mengadakan gotong royong mengecat di Asrama Jambo Sakti, di Kampong Gesir Tengah, Hulu Bernam. Gotong royong ini turut disertai oleh kakitangan YBK serta kakitangan asrama kasih YBK Gesir Kemudahan bangunan asrama Jambo Sakti merupakan sebuah  rumah yang disumbangkan oleh Pengerusi YBK Datuk Zainal Abidin Sakom.

Pelajar tahun tiga hingga enam di kalangan anak yatim atau dari keluarga termiskin ditempatkan di asrama ini. Kesemua mereka bersekolah di Sekolah Kebangsaan Gesir, Hulu Bernam. Minggu depan (sabtu) sukarelawan YBK dijangka akan melawat rumah seorang warga emas iaitu Saaid Ahmad Doon di Kampung Malim Nawar, Malim Nawar, Kampar, Perak untuk memberi bantuan kerana rumahnya rosak ditiup angin kencang.

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;