MAJLIS BERBUKA PUASA YBK - 1/9/2010
PETALING JAYA - YBK mengadakan majlis berbuka puasa bertempat di 'Khadijah Kitchen' dihadiri hampir 65 tetamu. Majlis ini diserikan dengan kehadiran YB Datuk Ahmad Mazlan dan Isteri, ALPA YBK, YBKU, pihak media dan sukarelawan YBK.
|
PENYERAHAN SUMBANGAN SKR 2010 DI PASIR GUDANG 1431H / 2010 - 30/8/2010
Pasir Gudang - Seramai 50 orang penerima Sinar Kasih Ramadhan 1431H/ 2010 (SKR2010) telah berkumpul di Surau al-Hafiz, Taman Bukit Dahlia bagi kawasan Pasir Gudang, Johor. Majlis bermula jam 6 petang ini telah di hadiri Menteri Pengajian Tinggi, Dato Seri Hj Mohamed Khaled Nordin. |
KELAB EKPLORASI 7 BENUA MALAYSIA SUMBANG RM25000 KEPADA YBK 24/8/2010

|
YBK BERSAMA DALAM PELANCARAN KOPERASI WARISAN MELAKA BERHAD 8/8/2010
Air Keroh, Melaka - YBK diwakili oleh Dato pengerusi, ALPA dan staff YBK telah bersama dalam pelancaran Koperasi Warisan Melaka Bhd (KOWARIS) dan Majlis Berbuka Puasa bersama Ketua Menteri Melaka dan Yang di-Pertua Negeri Melaka serta warga negeri Melaka. |
SEKITAR PENYERAHAN PROGRAM SINAR KASIH RAMADHAN 1431H 8-11/8/2010
Mulai 8/8/2009 dan 11/8/2009, YBK mengagih-agihkan sumbangan KASIH Ramadhan 1431H/2010 kepada keluarga termiskin seluruh Semenanjung Malaysia.
|
PROGRAM SARINGAN KESIHATAN KE-4, KG BATU 14, HULU LANGAT 8/8/2010
Hulu Langat - Program saringan kesihatan ke-4 ini telah dijalankan di di Pusat Bersalin Berisiko Rendah, Batu 14 Hulu Langat. Seramai 50 orang wanita menjalankan pemeriksaan saringan kesihatan seperti pemeriksaan payudara, ‘Pap Smear’, Tekanan Darah, Glukos, kesihatan am dan berat badan unggul. |
KIMMA - YBK bersama dalam Sinar Kasih Ramadhan 1431H 2/8/2010
Kuala Lumpur - Kongres India Muslim Malaysia (KIMMA) telah bekerjasama dengan YBK dalam menjayakan sumbangan Sinar Kasih Ramadhan 1431H. Melalui bantuan KIMMA ini, 11 restoran india muslim menyumbang RM 35,690 untuk diagih-agihkan kepada keluarga miskin terpilih.
|
PROGRAM SARINGAN KESIHATAN KE-3, KG JENDERAM HILIR, SEPANG 31/7/2010
Sepang - Program saringan kesihatan ke-3 ini telah dijalankan di pejabat KEMAS Kampung Jenderam Hilir. Seramai 60 orang wanita menjalankan pemeriksaan saringan kesihatan seperti pemeriksaan payudara, ‘Pap Smear’, Tekanan Darah, Glukos, kesihatan am dan berat badan unggul. |
Lawatan Kunjung Hormat Media YBK - THE STAR 29/7/2010
Seksyen 16, KL - Merupakan program lawatan ke-3 YBK bertemu dengan PIHAK media. Objektif lawatan ini adalah untuk YBK dan The Star saling mengenali dengan lebih dekat lagi serta berkongsi isu-isu terkini.
|
PROGRAM RAMAH MESRA YBK - MEDIA 24/7/2010
SUNWAY - YBK telah mengadakan satu program bersama pihak media yang berlansung di Pusat Bowling Sunway Pyramid. Pertandingan bowling ini adalah salah satu program ramah mesra YBK bersama pihak media dalam menghargai tugas mereka dalam menyampaikan informasi baik dalam media cetak atau media elektronik. |
Pelancaran Sinar Kasih Ramadhan 1431H/ 2010 - 19/7/2010
SSHAH ALAM - Program Sinar Kasih Ramadhan 1431H/ 2010 dilancarkan secara rasminya bertempat di Ibu pejabat Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam. Program ini anjuran bersama YBK dan akhbar Sinar Harian bermatlamat memberi sumbangan berbuka dan bersahur sepanjang bulan Ramadhan ini.
|
PROGRAM SINAR KASIH RAMADHAN 1431/2010
Program Sinar Kasih Ramadhan ini merupakan program meningkatkan kesedaran di kalangan orang ramai dan sektor korporat untuk memberi sedekah kepada keluarga miskin yang terpilih di seluruh negara. Sedekah yang diserahkan kepada YBK akan diagihkan kepada keluarga termiskin berdasarkan keperluan Pendapatan Garis Kemiskinan (Miskin) iaitu RM430.00 sebulan. |
Kunjungan YBK ke TV9 8/6/2010
Sri Pentas - YBhg Dato' Hj Zainal Abidin Sakom, Pengerusi YBK bersama Ahli Lembaga Pemegang Amanah YBK telah berkunjung ke Sri Pentas untuk berjumpa Dato' Manja Ismail, Pengarang Kumpulan, NTV7, 8TV TV9 & Radio Network bersama-sama Pn Puspalela Khalid, Pegawai Perkhidmatan Pelanggan TV9 dan En Zamanhuri, Penerbit Berita NTV7.
|
Lawatan Kunjung Hormat Media YBK - UTUSAN MELAYU 7/7/2010
Sungai Besi - Merupakan program lawatan ke-2 YBK bertemu dengan media. Objektif lawatan ini adalah untuk YBK dan Utusan Melayu saling mengenali dengan lebih dekat lagi serta berkongsi isu-isu terkini. Pelbagai isu yang dibincangkan terutama sekali isu kampus UiTM di Serendah antara YBK - Kerajaan Negeri Selangor. |
Lawatan Kunjung Hormat Media YBK - RTM 30/6/2010
Angkasapuri - YBK diketuai oleh Dato Pengerusi serta kakitangan telah hadir ke RTM dalam lawatan kunjung hormat antara YBK - RTM. Majlis berlangsung selama hampir 2 jam ini, bermula dengan sesi taklimat oleh RTM disusuli YBK, perbincangan isu-isu YBK dan seterusnya YBK dibawa melawat ke beberapa bahagian seperti unit berita, konti siaran, bilik pakaian, bilik pakaian serta arkib RTM.
|
Tazkirah Bulanan Bersama Pusat Latihan YBK - 25/6/2010
Kuala Selangor - Buat pertama kalinya tazkirah bulanan bertempat di PLYBK, ini kerana kebiasannya program tazkirah ini berlangsung di ibu pejabat YBK sahaja. Akhir 2009 pihak pengurusan YBK menggilirkan program tazkirah bulanan ini di beberapa lokasi yang telah ditetapkan. |
Sidang Media 4 Isu YBK - 24/6/2010
Kelana Jaya - 4 isu utama YBK yang diketengahkan ialah Majlis Makan Malam Amal YBK “Malam Sejuta Harapan ke-6” sempena Sambutan Ulangtahun YBK ke-20, Projek Pembinaan Pusat Bimbingan Kanak-kanak Istimewa ( PBKi ), Program Sinar Kasih Ramadhan 1431H / 2010 dan Status Terkini Tindakan Saman ke atas YAB Menteri Besar Selangor dan ADUN Kota Anggerik. |
Procter & Gamble Malaysia Sumbang Berus Gigi 23/6/2010
Kelana Jaya – Procter & Gamble (M) Sdn Bhd (P&G) telah menyumbang sebanyak 1152 batang berus gigi untuk diagih-agihkan kepada anak-anak Asrama Kasih YBK serta beberapa rumah anak yatim terpilih. |
|
|