Menteri Pertahanan, YB Dato Mohd Najib Tun Abdul Razak telah melakukan upacara pecah tanah Asrama Kasih YBK di Kg. Sri Serendah, Hulu Selangor. Pembinaan Komplek Asrama Kasih YBK ini bertujuan bagi menyediakan kemudahan penginapan dan belajar kepada 250 pelajar sekolah menengah dari keluarga miskin dan anak yatim dari seluruh negeri Selangor.

Pembinaan dalam Fasa 1 ini dijangka menelan belanja RM1.2 juta. Pembinaan dijalankan dengan kerjasama Kor Jurutera Angkatan Tentera Malaysia, Batu Cantomen. Dengan pembinaan Asrama Kasih YBK ini, ramai pelajar miskin yang memerlukan pembelaan akan dapat dibantu dan terjamin masa depan mereka.

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;