SERENDAH, 24 Januari 2024 - Mengambil semangat tahun baru 2024, Mesyuarat Semangat Mendaki Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) telah diadakan serentak dengan Majlis Doa Selamat Homestay @ Villa YBK dan Sesi Penghargaan Karyawan.

Berlangsung di Villa YBK @ Serendah, majlis dimulakan dengan bacaan Surah Yaasin dan doa selamat yang dipimpin oleh Ustaz Syaiful Akmal Addanan (Pengetua Asrama Kasih YBK Gesir). Kehadiran terdiri daripada para karyawan YBK dan juga Prihatin Ehsan Holdings Sdn. Bhd. (PEHSB).

Selesai doa selamat, majlis diteruskan dengan Mesyuarat Semangat Mendaki di mana YBhg. Dato' Haji Zainal Abidin Sakom, Pengerusi YBK telah menyampaikan amanat beliau sempena tahun baru 2024 selepas taklimat ringkas pengurusan oleh Encik Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz, Pengurus Besar YBK.

Beliau menyeru seluruh karyawan untuk mencari peluang dalam memberi nilai tambah dalam pekerjaan, berani membuat keputusan yang memberi kebaikan kepada organisasi, serta menerapkan nilai kreatif dan inovatif. Beliau juga telah menggariskan beberapa perkara yang akan menjadi fokus YBK untuk tahun 2024.

Turut hadir, YBhg. Datin Dr. Hajah Hartini Osman (Presiden/Pengarah Urusan PEHSB), dan ALPA YBK - Encik Zulhairy Jalaluddin, Dr. Abdul Fatah Haji Khalid, dan Encik Zainal Mohd Jais, juga Tuan Haji Basharuddin Mohd Noor (mantan Timbalan Pengurus Besar YBK).

Selesai mesyuarat, sesi diteruskan dengan penyampaian penghargaan kepada Puan Farahin Iszreen Ismail yang telah menyempurnakan khidmat baktinya selama 10 tahun di YBK pada akhir 2023, dan juga sambutan Hari Lahir kepada karyawan yang lahir pada bulan Januari.


Gambar: Facebook Page YBK


 

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;