HULU LANGAT, 26 November 2023 - Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) dengan kerjasama Persatuan Penduduk Taman Sri Nanding telah mengadakan Program Saringan Kesihatan 'Jejak Kanser' yang dikendalikan oleh Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (National Cancer Society Malaysia).

Program yang berlangsung selama setengah hari sejak awal pagi telah menerima penyertaan dari kalangan penduduk setempat dan juga karyawan YBK yang ingin mengetahui tahap kesihatan mereka. Turut bersama, Encik Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (Pengurus Besar YBK merangkap Yang Dipertua Persatuan Penduduk Taman Sri Nanding).

Peserta yang berumur 40 tahun ke atas dan masih bekerja serta mencarum dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial tidak dikenakan sebarang bayaran, manakala untuk peserta lain, hanya bayaran yang sangat minimum dikenakan bagi menjalankan saringan kesihatan. Program yang sangat bermanfaat kepada masyarakat ini akan diperluaskan ke kawasan-kawasan lain di masa-masa akan datang.

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;