HULU LANGAT, 25 September 2023 - Kumpulan Jabatan Pendidikan Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) telah mengadakan kunjung hormat ke SMK ABDUL JALIL dan bertemu dengan Pengetua Cemerlang 2020, Puan Wan Norma Wan Pi.

Pengurus Besar YBK, Encik Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz telah mengetuai rombongan bersama karyawan kanan Jabatan Pendidikan iaitu Puan Norleza Hambali (Pengurus Pendidikan YBK), Puan Halimaton Saadiah (Pengetua Asrama Kasih Serendah), Ustaz Syaiful Akmal Addanan (Pengetua Asrama Kasih Gesir), dan Puan Nurfadilah Ibrahim (Ketua Bahagian Hal-Ehwal Latihan, Akademi Kemahiran YBK).

Objektif kunjung hormat ini adalah untuk saling berkenalan, bertukar-tukar ilmu serta mempelajari kaedah pengurusan khususnya pengendalian asrama pelajar dan praktis terbaik yang diterapkan oleh pengurusan SMK Abdul Jalil.

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;