KUALA LUMPUR, 1 September 2023 - Pengerusi Yayasan Basmi Kemiskinan, YBhg. Dato' Haji Zainal Abidin Sakom telah diundang sebagai salah seorang ahli panel untuk Program Ruang Bicara oleh Bernama TV malam ini. Tajuk perbincangan adalah 'Menoktah Kemiskinan: Peranan Sektor Ketiga'.

Sesi secara langsung (live) ini telah dikendalikan oleh Tuan Sherkawi Jirim selaku hos, dan turut bersama sebagai ahli panel adalah Encik Khalid Al Walid Mustafa Kamil (Timbalan Presiden Benevolent Malaysia). Turut hadir mengiringi Pengerusi YBK ialah YBhg. Datin Dr. Hajah Hartini Osman (Pengerusi Yayasan Bina Kesejahteraan) dan Encik Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (Pengurus Besar YBK).

Perbincangan selama satu jam berkisar berkenaan isu-isu pembasmian kemiskinan dengan fokus kepada peranan dan tindakan sektor ketiga. Juga ahli panel turut menjawab pertanyaan penonton melalui panggilan telefon.

Rakaman program boleh ditonton di Facebook Bernama TV melalui pautan ini -

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;