KELANA JAYA, 22 Jun 2023 - Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) telah menerima kunjungan daripada jawatan kuasa Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Blok C PPR Lembah Subang 2 yang diketuai oleh Encik Muhammad Izhar Ahmad Shapie selaku Pengerusi di Ibu Pejabat YBK.

Kunjungan ini adalah bagi membincangkan ruang kerjasama khususnya dalam program pendidikan anak-anak di kawasan PPR Lembah Subang 2. Encik Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (Pengurus Besar YBK) telah memberi taklimat ringkas berkenaan YBK dan berkongsi beberapa peluang kerjasama yang boleh dilaksanakan, antaranya berkenaan kemasukan ke Asrama Kasih YBK dan Program Mobile School bersama Yayasan Bina Kesejahteraan.

Turut menyertai sesi perbincangan adalah Dr. Nurul Nadiah Sahimi yang merupakan Dekan SAITO School Of Education, dan Encik Muhammad Firdaus Ibnil Hajar (Pensyarah Saito University College), juga Puan Norleza Hambali (Pengurus Pendidikan YBK) dan Encik Audi Faliq Ibrahim (Pengurus Media dan Perhubungan Awam YBK).

Di akhir sesi perbincangan, YBK telah menghadiahkan set kitab suci Al-Quran keluaran Kumpulan Media Karangkraf untuk digunakan bagi mewujudkan 'Quran Corner' di PPR Lembah Subang 2.

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;