SUBANG JAYA, 15 Jun 2023 - Pengerusi Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK), YBhg. Dato' Haji Zainal Abidin Sakom telah meluangkan masa beliau untuk ditemu ramah oleh pelajar Perhubungan Awam daripada Institute of Continuing Education & Professional Studies (iCEPS) Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Temu ramah berkisar berkenaan pengalaman Dato' Pengerusi dan YBK dalam gerak kerja pembasmian kemiskinan, di samping mendapatkan pandangan beliau berkenaan inisiatif pembasmian kemiskinan semasa di Malaysia khususnya berkaitan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) yang digariskan oleh Pertubuhan Bangsa Bersatu.

Turut hadir, Datin Dr. Hajah Hartini Osman, Encik Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (Pengurus Besar YBK) dan Encik Audi Faliq Ibrahim (Pengurus Media dan Perhubungan Awam YBK).

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;