KUALA LUMPUR, 15 Mei 2023 - Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) hari ini telah memenuhi undangan menghadiri Majlis Jamuan Rumah Terbuka anjuran Jabatan Penyiaran Selangor yang mengendalikan stesen radio Selangor FM.

Encik Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (Pengurus Besar YBK) dan Encik Audi Faliq Ibrahim (Pengurus Media & Perhubungan Awam YBK) telah hadir mewakili YBhg. Dato' Haji Zainal Abidin Sakom (Pengerusi YBK).

Berada di majlis adalah Pengarah Jabatan Penyiaran Selangor yang baru, Puan Noriza binti Salleh; juga bersama Encik Mohd Zamani bin Ibrahim (Timbalan Pengarah); Puan Hamidah Mohamed Aris (mantan pegawai kanan Jabatan Penyiaran Selangor); Puan Nor Shela Baharudin @ DJ Shela; Puan Noorasikin Salleh @ DJ Ekin, Encik Mohd Fairuz bin Hiras; dan kakitangan-kakitangan Jabatan Penyiaran Selangor yang lain.

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;