SEPANG, 24 Mac 2023 - Serahan sumbangan Sinar Kasih Ramadhan (SKR) 2023 daripada YBhg. Dato' Ahmad Fuad, Puan Munah sekeluarga, Puan Pisah Abu Bakar sekeluarga, Puan Suzana Akmam Amir, YBhg. Tan Sri Muhammad Muhd Taib dan Hamba Allah daripada Singapura telah disampaikan oleh Encik Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (Pengurus Besar YBK) dan Encik Audi Faliq Ibrahim (Pengurus Media & Perhubungan Awam YBK) kepada 6 buah keluarga di kawasan Sepang.

Penerima sumbangan adalah seperti berikut;


KG BUKIT BANGKONG (SEPANG), 24 Mac 2023 - En. Abdul Rahim Ngadiron dan isteri, Pn. Siti Mariam Jantan dahulunya bekerja dengan sebuah syarikat pengeluar perkakasan elektrik Jepun, namun langit tidak selalunya cerah, pasangan ini telah diberhentikan kerja pada akhir tahun 2019.

Sejak itu, En. Abdul Rahim menyara keluarga dengan membuat kerja-kerja kampung seperti memetik buah sawit dan pelbagai lagi. Pendapatan kasar bekerja sendiri ini dianggarkan RM 500 sebulan. Isteri beliau tidak bekerja sejak kehilangan pekerjaan dan menjadi suri rumah. Pasangan ini tinggal di rumah pusaka peninggalan ibu yang daif dan tidak mendapat bantuan daripada mana-mana agensi.

Anak sulung pasangan ini sedang melanjutkan pelajaran di Kolej Komuniti Banting, manakala tiga orang anak yang lain masih bersekolah.

Sumbangan Sinar Kasih Ramadhan 2023 adalah daripada YBhg. Dato' Ahmad Fuad dan telah disampaikan oleh En. Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz , Pengurus Besar Yayasan Basmi Kemiskinan . Keluarga ini juga menerima barangan sumbangan Dutch Lady Malaysia dan Yayasan VFive .


BAGAN LALANG (SEPANG), 24 Mac 2023 - Pn. Norazila Aziz mempunyai kemahiran bertukang rumah dan memperbaiki barangan seperti mesin basuh, dan dengan kemahiran inilah menjadi punca rezeki untuk menyara keluarga.

Beliau yang merupakan seorang ibu tunggal dahulunya sangat aktif melakukan kerja pertukangan rumah, namun kini tidak lagi secergas dahulu selepas diserang migrain sehingga mengakibatkan strok dan juga paru-paru beliau dijangkiti kuman. Pendapatan bulanan beliau sekitar RM 500, dan dengan jumlah ini beliau menanggung 5 orang anak di mana 4 orang masih bersekolah.

Keluarga ini tinggal menyewa dan Lembaga Zakat Selangor menanggung kos sewaan. Selain itu, Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor turut membantu melalui bantuan bulanan.

Sumbangan Sinar Kasih Ramadhan 2023 adalah daripada Hamba Allah dari Republik Singapura dan telah disampaikan oleh En. Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz , Pengurus Besar Yayasan Basmi Kemiskinan . Keluarga ini juga menerima barangan sumbangan Dutch Lady Malaysia dan beg sekolah sumbangan Yayasan VFive.


KAJANG, 24 Mac 2023 - En. Rizal Ishak menanggung isteri dan 7 orang anaknya dengan bekerja sebagai buruh melakukan pelbagai kerja dengan pendapatan RM 900 sebulan.

Isteri beliau, Pn. Nurul Athiqa Syahida membantu menambah pendapatan dengan mengambil tempahan membuat kuih mengikut permintaan, dengan pendapatan purata RM 500. Keluarga ini tinggal menyewa di rumah di mana Lembaga Zakat menanggung bayar separuh daripada kos sewa rumahnya. Tiada bantuan lain yang diperoleh oleh keluarga ini.

Daripada tujuh orang anak pasangan ini, tiga orang masih bersekolah. Anak yang bongsu berumur 1 tahun, anak ke-2 sedang melanjutkan pelajaran di MSU - Management & Science University Shah Alam, manakala anak yang sulung bekerja di klinik berhampiran.

Sumbangan Sinar Kasih Ramadhan 2023 adalah daripada Pn. Pisah Abu Bakar sekeluarga dan telah disampaikan oleh En. Audi Faliq Ibrahim , Pengurus Media & Perhubungan Awam Yayasan Basmi Kemiskinan . Keluarga ini juga menerima barangan sumbangan Dutch Lady Malaysia .


BANGI, 24 Mac 2023 - Bekerja sebagai penghantar atau 'runner' , itulah pekerjaan dan punca rezeki bagi En. Sharudin Mohd Saad bagi menyara isteri dan 6 orang anaknya. Pendapatan sebagai 'runner' hanyalah sekitar RM 500 sebulan.

Beliau bersama isteri dan anak-anaknya mendapat bantuan daripada Lembaga Zakat. Isteri beliau, Pn. Noyati Rashad tidak bekerja. Anak sulung pasangan ini sedang melanjutkan pelajaran di bidang vokasional manakala anak-anak yang lain seramai 5 orang masih belajar di sekolah menengah dan rendah.

Sumbangan Sinar Kasih Ramadhan 2023 adalah daripada Pn. Munah sekeluarga dan telah disampaikan oleh En. Audi Faliq Ibrahim , Pengurus Media & Perhubungan Awam Yayasan Basmi Kemiskinan . Keluarga ini juga menerima barangan sumbangan Dutch Lady Malaysia . Sumbangan disampaikan kepada anak pasangan ini mewakili ibu bapanya.


KG DATO' ABU BAKAR BAGINDA (SEPANG), 24 Mac 2023 - Pn. Som merupakan seorang ibu tunggal di usia emas namun masih bekerja sambilan sebagai tukang pembersih (cleaner) di premis dalam Universiti Kebangsaan Malaysia - UKM bagi mencari pendapatan.

Beliau perlu bekerja kerana menanggung 4 orang cucu yang tinggal bersama beliau. Difahamkan ibu bapa mereka mempunyai masalah sehingga tidak menghiraukan keperluan anak-anak mereka. Sebagai seorang nenek, Pn. Som tidak sampai hati melihat cucu-cucu beliau terabai dan berusaha memenuhi keperluan mereka.

Tinggal di kediaman sendiri yang diduduki sejak tahun 80'an, anak-anak beliau yang telah berkahwin ada yang turut tinggal serumah. Pn. Som ada menerima bantuan daripada Lembaga Zakat berupa barangan dapur dan wang tunai. Pendapatan sebagai tukang pembersih dalam anggaran RM 300.

Sumbangan Sinar Kasih Ramadhan 2023 adalah daripada Pn. Suzana Akmam Selamat dan telah disampaikan oleh En. Audi Faliq Ibrahim , Pengurus Media & Perhubungan Awam Yayasan Basmi Kemiskinan . Keluarga ini juga menerima barangan sumbangan Dutch Lady Malaysia .


PUCHONG, 24 Mac 2023 - En. Wan Hanafi merupakan seorang OKU fizikal yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Beliau pernah bekerja sebelum ini sehingga tahun 2019. Mendapat elaun OKU sebanyak RM 300 sebulan.

En. Wan Hanafi dan isteri tinggal menyewa di Apartmen Kenangan Taman Putra Indah, dan sewa kediaman dibayar oleh Lembaga Zakat. Isteri beliau, Pn. Norhaiza Selamat mengambil upah menjahit dari rumah sebagai punca pendapatan dengan purata pendapatan RM 600 sebulan. Pasangan ini memiliki 5 orang anak, 2 di sekolah menengah dan 2 di sekolah rendah.

Anak sulung pasangan ini baru selesai menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia dan bercita-cita menjadi seorang guru. Salah seorang anak di sekolah menengah berminat dengan subjek kemahiran khususnya berkaitan elektrik.

Sumbangan Sinar Kasih Ramadhan 2023 adalah daripada YBhg. Tan Sri Muhammad Muhd Taib dan telah disampaikan oleh En. Audi Faliq Ibrahim , Pengurus Media & Perhubungan Awam Yayasan Basmi Kemiskinan . Keluarga ini juga menerima barangan sumbangan Dutch Lady Malaysia .

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;