GESIR, 5 Ogos 2022 - Hari ini telah berlangsung Majlis Penutup Minggu Orientasi Pelajar AKYBK Ambilan Ogos 2022. Para pelatih baru telah menjalani program orientasi bermula pada 1 Ogos 2022 yang lepas.

Majlis bermula dengan persembahan kebudayaan oleh para pelatih AKYBK. Ini disusuli dengan ucapan daripada Pn. Norleza Hambali, Pengurus AKYBK. Dalam ucapannya, beliau menekankan kepentingan membuang sikap 'M' iaitu 'malas' sehingga mengganggu proses pembelajaran dan pembinaan sahsiah.

Pengurus Besar YBK, En. Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz mengambil tempat untuk menyampaikan ucapan perasmian penutup. Beliau mengingatkan pelatih agar sentiasa menjaga keselamatan diri ketika melakukan aktiviti. Beliau juga menyampaikan salam daripada Pengerusi YBK, Dato' Haji Zainal Abidin Sakom.

Majlis diakhiri dengan penyampaian hadiah dan sesi bergambar.

Dengan berakhirnya program orientasi, maka bermulalah perjalanan dan cabaran pelatih-pelatih ini untuk melengkapkan kursus yang akan dipelajari dan seterusnya menjadi individu kompeten.

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;