SERENDAH, 13 Julai 2022 - Asrama Kasih Yayasan Basmi Kemiskinan hari ini telah menjadi tuan rumah untuk Majlis Rewang Perdana Berkat Korban 2022 & Penyerahan Sumbangan Dana Rumah Kebajikan Anak Yatim Negeri Selangor.

Majlis ini dianjurkan oleh Yayasan Islam Darul Ehsan dengan kerjasama AEON Co. (M) Berhad. Sebanyak dua ekor lembu telah dikorbankan dan proses melapah dan memproses telah dibantu oleh para sukarelawan daripada pelbagai organisasi setempat.

Ini merupakan sebahagian daripada program Berkat Korban 2022 'From Mosque to Mall' anjuran AEON. Duta program, Ustaz Don Daniyal serta Imam Muda Megat Mohd Zaid turut meluangkan masa hadir dan memberikan perkongsian motivasi kepada pelajar ASKA Serendah.

Dalam majlis yang sama, sumbangan dana kepada 23 buah rumah kebajikan turut diadakan dan telah disempurnakan oleh YBhg. Dato' Haji Zainal Abidin Sakom, Pengerusi YBK bersama-sama YBhg. Dato’ Bakhtiar Hussin, Pengerusi YIDE. Asrama Kasih YBK Serendah merupakan salah sebuah penerima dana ini.

Turut hadir, Datin Dr. Hajah Hartini Osman (Pengerusi Yayasan Bina Kesejahteraan), En. Zulhairy Jalaluddin dan En. Zainal Mohd Jais (ALPA YBK), En. Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (Pengurus Besar YBK), serta pegawai-pegawai dan para sukarelawan daripada YIDE, AEON, BAKA dan NGO-NGO setempat.

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;