GOMBAK, 5 Julai 2022 - Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) hari ini telah dijemput untuk mengadakan sesi motivasi bersama pelajar Tahun 6 di SK Sungai Pusu, Gombak.

Motivasi yang berlangsung selama 90 minit ini melibatkan 270 orang pelajar Tahun 6, dan sesi telah dikendalikan oleh Saudara Audi Faliq Ibrahim, penceramah motivasi YBK. Turut bersama dan membantu adalah karyawan daripada Jabatan Media YBK.

Pelajar telah diperkenalkan dengan modul Semangat Mendaki YBK yang digarap mengikut pemahaman pelajar sekolah rendah. Sesi berlangsung secara santai dengan interaksi aktif antara penceramah dan pelajar. Di akhir sesi, pelajar telah melakukan corak 'State Management' beramai-ramai.

Program Motivasi Semangat Mendaki YBK bertujuan memberi peluang kepada pelajar meningkatkan semangat diri melalui modul Semangat Mendaki, dan ditawarkan secara percuma kepada pelajar sekolah rendah dan menengah.

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;