RAWANG, 22 April 2022 - Sebagaimana kebiasaan pada setiap tahun, anak-anak Asrama Kasih YBK Gesir (ASKA Gesir) telah disantuni dengan pemberian kasut baru sumbangan daripada YBhg. Datin Dr. Hajah Hartini Osman, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prihatin Holdings Sdn. Bhd. merangkap Penasihat Pentadbiran YBK.

Seramai 27 orang anak-anak ASKA Gesir telah dibawa ke kedai Bata di AEON Mall Rawang bagi memilih kasut, serta anak-anak ini turut dijamu berbuka puasa di Restoran Kenny Rogers. Turut bersama, Ustaz Syaiful Akmal Addanan (Pengetua ASKA Gesir) dan Cik Nazatul Azwanie Mustapa (Coach ASKA Gesir). Semoga sumbangan ini akan memberi kegembiraan kepada anak-anak ASKA Gesir.

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;