BANDARAYA MELAKA, 17 Disember 2021 - Yayasan Basmi Kemiskinan telah melaksanakan Bengkel Pelan Strategik YBK 2022-2026 di Tun Fatimah Riverside Hotel di sini.

Bengkel selama tiga hari bermula 16/12/2021 bertujuan bagi menggarap dan merangka pelan strategik lima tahun di peringkat pengurusan tertinggi serta melibatkan input-input daripada karyawan-karyawan Jabatan serta ALPA YBK. Sesi bengkel telah dipandu oleh YBhg. Prof. Dr. Haim Hilman Abdullah, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) yang menjalankan fungsi Naib Canselor Universiti Utara Malaysia merangkap ALPA YBK.

Turut bersama, YBhg. Dato' Haji Zainal Abidin Sakom (Pengerusi YBK); Prof Madya Dr. Abdul Rahman Ayub, En. Zulhairy Jalaluddin, En. Zainal Mohd Jais, Dr. Abdul Fatah Haji Khalid (ALPA YBK); Datin Hartini Osman (Penasihat Pentadbiran YBK); En. Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (Pengurus Besar YBK), dan seluruh karyawan Jabatan serta outlet di peringkat pengurusan dan pelaksana.

ALPA dan karyawan YBK yang hadir telah memberikan input serta cadangan bagi memperkukuh Jabatan dan Program YBK melalui pengukuran prestasi berasaskan KPI dan optimis untuk dilaksanakan bermula pada tahun 2022.

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;