7/12/2021 - Telah berlangsung sesi mesyuarat antara Yayasan Basmi Kemiskinan, Yayasan Bina Kesejahteraan (YBCare), dan UM STEM Centre secara tele-sidang bagi membincangkan perancangan program dan kerjasama bagi tahun 2022.

Sesi telah disertai oleh Pengerusi YBCare, YBhg. Datin Dr. Hajah Hartini Osman; Ketua UM STEM Centre, Ir. Dr. Mas Sahidayana Mokhtar; Pengurus Besar YBK, En. Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz; Pn. Halimaton Saadiah (Pengetua Asrama Kasih YBK Serendah); dan para pegawai daripada ketiga-tiga organisasi.

Beberapa ketetapan telah dipersetujui, antaranya ialah untuk mengadakan program kepada pelajar Asrama Kasih YBK dan Memorandum Persefahaman (MoU) antara YBK, YBCare dan UM STEM Centre yang dijangka pada Januari 2022.

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;