KUALA LUMPUR, 30 November 2019 - Program Santuni Gelandangan Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) pada minggu ini diteruskan dengan penyertaan 18 orang pelajar daripada Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam. Berlangsung seperti biasa di Masjid Jamek Sultan Abdul Samad selepas solat subuh.

Para pelajar ini telah 'berkampung' di Ibu Pejabat YBK malam sebelumnya untuk bergotong-royong memasak dan menyiapkan sarapan serta minuman pagi melalui program Dapur YBK. Pada hari berikutnya sebelum solat subuh, semua telah berkumpul di Masjid bagi proses penyediaan pek makanan dan minuman. Edaran dilaksanakan sendiri oleh pelajar bermula selepas solat subuh sambil dibantu oleh pegawai YBK dan Masjid yang turut hadir bersama.

Edaran selesai sepenuhnya pada jam 7:30 pagi dan para pelajar kemudiannya kembali ke Ibu Pejabat YBK untuk sama-sama mengemas kelengkapan memasak sebelum bersurai. Diharapkan pelajar ini memperoleh sedikit sebanyak pengalaman dalam gerakerja kesukarelawan dan merasai serta melihat sendiri rakan-rakan jalanan sebagai satu pengajaran dan keinsafan.

Kepada para dermawan yang ingin menyumbang dalam program ini atau memerlukan maklumat lanjut, boleh menghubungi saudara Asuad di talian 012 617 4051 atau 03 7875 0036.

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;