KUALA LUMPUR, 5 September 2019 - Yayasan Basmi Kemiskinan hari ini telah menyertai perbincangan meja bulat bertajuk 'Poverty In Malaysia - roundtable discussion based on the UN special rappotuer on extreme poverty and human rights, Prof. Philip Alston's report delivered on August 23, 2019'.

Sesi berlangsung di Malaysian International Chamber Of Commerce & Industry, Mont Kiara dan YBK telah diwakili oleh YBhg. Datin Dr. Hajjah Hartini Osman. Turut serta, Tuan Haji Basharuddin Mohd Noor (Timbalan Pengurus Besar YBK) dan Cik Wan Afifah (Timbalan Pengurus, Perhubungan Awam YBK).

Sesi dimulakan dengan ucapan aluan oleh Tan Sri Micheal Yeoh daripada Kingsley Strategic Institute For Asia Pacific, disusuli dengan pembentangan ringkasan 'UN Poverty Report on Malaysia (2019)' oleh Prof Datuk Dr. Denison Jayasooria.

Ahli panel utama adalah Ms. Marianne Clark Hattngh (wakil UNICEF Malaysia); Prof. Dr. Sulochana Nair (Naib Canselor Binary University); Dr. Kenneth Simler (Pakar Ekonomi Kanan, Bank Dunia); dan En. Sivarajan Arumugam (Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia).

Perbincangan meja bulat ini disertai wakil-wakil NGO, aktivis dan organisasi yang merupakan pemegang taruh dan terlibat dalam isu-isu kemiskinan di Malaysia. YBK turut memberikan idea dan syor kepada ahli yang hadir berdasarkan pengalaman luas hampir 30 tahun membasmi kemiskinan.

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;