Asrama Kasih YBK Serendah, 14/7/2012 - YBK telah menganjurkan Program Motivasi Kecemerlangan Diri 2012 di Asrama Kasih YBK Serendah. Program yang disertai lebih 200 orang dari kalangan pelajar-pelajar Asrama Kasih YBK Gesir, Asrama Kasih YBK Serendah dan SMK Serendah berlansung selama sehari iaitu 9.00 pagi hingga 5.00 petang

Program yang dirancang dan dilaksanakan oleh YBK bertujuan memberi peluang kepada pelajar mendapat motivasi bagi meransang kecemerlangan pelajar, menanamkan dalam diri sretiap pelajar untuk berjaya, membentuk sahsiah diri seterusnya memberi kesedaran supaya sentiasa bersyukur.  Program motivasi dipimpin oleh Puan Nor Laila Aniza bt Zakaria dan dibantu oleh pegawai asrama.

Majlis penutup telah disempurnakan oleh Dato Dr Mat Yassir Ikhsan, Ahli Lembaga Pemegang Amanah YBK. Dalam ucapannya beliau mengajak pelajar mengamalkabn prinsip 'M.U.R.I.D' iaitu 'Matlamat (Merancang), Usaha, Rajin, Iltizam dan Disiplin (Doa) untuk berjaya dalam hidup.