KELANA JAYA, 14 Mei 2026 – Mesyuarat Pengurusan Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) kali ke-4 untuk tahun 2026 telah berlangsung hari ini di Rumah YBK, Kelana Jaya.
Mesyuarat dipengerusikan oleh YBhg. Datin Dr. Hartini Osman selaku Penasihat Pentadbiran YBK, dan dihadiri Pengurus Besar, Encik Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz dan barisan Ketua Jabatan, kecuali Pengurus Jabatan Pembangunan Aset.
Pengurus Besar dan Ketua-Ketua Jabatan yang hadir telah membentangkan maklum balas mesyuarat dan perkara-perkara berbangkit daripada Jabatan masing-masing untuk dibincangkan bersama.
YBhg. Datin telah mencadangkan kepada Pengurusan YBK beberapa perkara untuk dijadikan pengisian program 'Annual Women Economic Forum and G100 Global Meet 2026' sempena Hari Pembasmian Kemiskinan Antarabangsa, di mana YBK merupakan penganjur bersama. Program ini akan berlangsung pada bulan Oktober yang akan datang.
Gambar: Facebook Yayasan Basmi Kemiskinan
YBK MANAGEMENT MEETING NO. 4/2026
KELANA JAYA, 14 May 2026 – The fourth Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) Management Meeting for the year 2026 was held today at Rumah YBK, Kelana Jaya.
The meeting was chaired by YBhg. Datin Dr. Hartini Osman, Administrative Advisor of YBK, and attended by the General Manager, Mr. Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz, along with the Heads of Departments, except for the Manager of the Asset Development Department.
The General Manager and the Heads of Departments present delivered updates from previous meetings and discussed matters arising from their respective departments.
During the meeting, Datin Dr. Hartini proposed several ideas for inclusion in the “Annual Women Economic Forum and G100 Global Meet 2026” programme, which is being organized in conjunction with the International Day for the Eradication of Poverty, with YBK serving as a co-organizer. The programme is scheduled to take place this coming October.