KG GESIR TENGAH, 18 Oktober 2025 - Hasrat ulung untuk merakyatkan sastera dalam lingkungan masyarakat telah berjaya diterjemahkan oleh Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) bersama Persatuan Penulis dan Kebajikan Negeri Selangor (KEMUDI), Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (GAPENA) serta Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia (DBP) melalui program Kenduri Sastera dan Malam Puisi Damai 3.

Program yang berlangsung selama sehari sempena Hari Pembasmian Kemiskinan Antarabangsa 2025 dan Dekad Membaca Kebangsaan 2025 Peringkat Negeri Selangor sarat dengan pelbagai pengisian seperti bengkel, pertandingan, demonstrasi masakan oleh Chef Yang Jamil, wacana dan makan malam diiring lantunan puisi pada sebelah malam telah berjaya menghimpunkan lebih 500 orang penyertaan daripada pelbagai lapisan masyarakat dalam dan luar kawasan.

Rakan penaja utama iaitu CUCKOO Malaysia turut membuka reruai pameran di samping dimeriahkan juga dengan gerai jualan & pameran daripada Majlis Perbandaran Hulu Selangor, usahawan setempat, serta Jualan Rahmah Madani oleh TERAS Teraju Ekonomi Asnaf Sdn Bhd.

Sesi Malam Puisi Damai 3 yang berlangsung pada sebelah malam telah dirasmikan oleh YB Senator Datuk Seri Prof. Emeritus Dr. Haji Awang Sariyan (Ahli Dewan Negara merangkap Mantan Pengerusi Lembaga Pengelola DBP), dan turut dihadiri oleh tetamu kehormat antaranya Dato’ Hj. Zainal Abidin Sakom (Pengerusi YBK), Puan Nurul Julia Alani Henry (Pengarah DBP Wilayah Tengah), Datuk Zainal Abidin Borhan (Presiden GAPENA), Datuk Mohd Isa Abu Kasim (Penyelaras DUN Hulu Bernam), Encik Zainal Mohd Jais (YDP KEMUDI merangkap Pengerusi Program, dan ramai lagi.

Hadirin telah disajikan dengan persembahan bertenaga Silat Tun Fatimah dan Caklempong daripada Asrama Kasih YBK, alunan puisi oleh pemuisi tersohor antaranya Sifu Azmi Ismail dan Rozarina Mohd Rusli; Adziq Mursyid bin Azri (Johan SDPKSM Peringkat Negeri Selangor 2025); Shahrul Fadilah (Juara Sayembara Deklamasi Puisi Kebangsaan Selangor 2024/2025); Syahidatul Munirah Badrul Munir.

Turut menyerlahkan bakat berpuisi adalah YBhg. Datin Dr. Hajah Hartini Osman (Penasihat Pentadbiran YBK) yang berduet dengan En. Zainal Mohd Jais (ALPA YBK merangkap Pengerusi Program) dengan sajak melankolik berkenaan Zara Qairina; En. Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (Pengurus Besar YBK); Tuan Muhammad Sarih bin Amat (Penghulu Mukim Hulu Bernam Utara mewakili Pegawai Daerah Hulu Selangor); Muhammad Tassim Zainal (Pengurus Pendidikan Yayasan Selangor); dan Nur Shasya Wanie binti Nguyen Quoc Dung (Asrama Kasih YBK) yang mengalunkan syair.

Artis jemputan turut diundang untuk mengalunkan bait-bait lagu puisi iaitu Tuan Sani Sudin (Kopratasa), Tuan Roslan Madun, Kumpulan MIIM KEMUDI dan juara Pertandingan Karaoke Lagu Puisi, Sdr. Fozai bin Joned.

YBK, DBP, GAPENA dan KEMUDI mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program ini.


Gambar:?


KENDURI SASTERA AND MALAM PUISI DAMAI 3 SUCCESSFULLY BRING LITERATURE CLOSER TO THE PEOPLE

KG. GESIR TENGAH, 18 October 2025 – The noble aspiration to make literature accessible and relevant to the community was successfully realized by Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) in collaboration with the Selangor Writers and Welfare Association (KEMUDI), the National Writers’ Association of Malaysia (GAPENA), and the Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) through the Kenduri Sastera and Malam Puisi Damai 3 (KSMPD3) programme.

Held in conjunction with the International Day for the Eradication of Poverty 2025 and the National Reading Decade 2025 (Selangor Chapter), the one-day programme was filled with diverse activities such as workshops, competitions, a cooking demonstration by Chef Yang Jamil, forums, and an evening poetry dinner in which drawing over 500 participants from various backgrounds both within and beyond the local community.

The main sponsor, CUCKOO Malaysia, also showcased an exhibition booth alongside sales and exhibition stalls by the Hulu Selangor Municipal Council, local entrepreneurs, and a Madani Rahmah Sale by TERAS Teraju Ekonomi Asnaf Sdn Bhd.

The Malam Puisi Damai 3 session, officiated by YB Senator Datuk Seri Prof. Emeritus Dr. Haji Awang Sariyan (Member of the Senate and former Chairman of the DBP Board of Governors), was graced by several distinguished guests including Dato’ Hj. Zainal Abidin Sakom (Chairman of YBK), Puan Nurul Julia Alani Henry (Director of DBP Central Region), Datuk Zainal Abidin Borhan (President of GAPENA), Datuk Mohd Isa Abu Kasim (Hulu Bernam State Constituency Coordinator), and Mr. Zainal Mohd Jais (President of KEMUDI and Programme Chairman), among others.

The audience was treated to energetic performances such as Silat Tun Fatimah and Caklempong by Asrama Kasih YBK, as well as poetry recitations by renowned poets including Sifu Azmi Ismail, Rozarina Mohd Rusli, Adziq Mursyid bin Azri (Champion, SDPKSM Selangor 2025), Shahrul Fadilah (Champion, National Poetry Recital Competition Selangor 2024/2025), and Syahidatul Munirah Badrul Munir.

Among those who also showcased their poetic talent were YBhg. Datin Dr. Hajah Hartini Osman (Administrative Advisor of YBK), who performed a melancholic poem titled Zara Qairina in duet with Mr. Zainal Mohd Jais; Mr. Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (General Manager of YBK); Mr. Muhammad Sarih bin Amat (Chief of Mukim Hulu Bernam Utara representing the Hulu Selangor District Officer); Mr. Muhammad Tassim Zainal (Education Manager of Yayasan Selangor); and Ms. Nur Shasya Wanie binti Nguyen Quoc Dung (Asrama Kasih YBK), who recited a traditional syair.

Guest artists Tuan Sani Sudin (Kopratasa), Tuan Roslan Madun, Kumpulan MIIM KEMUDI, and Fozai bin Joned (winner of the Poetry Song Karaoke Competition) also captivated the audience with their poetic musical renditions.

YBK, DBP, GAPENA, and KEMUDI expressed heartfelt appreciation to all parties, individuals and organizations alike for their contributions and support in ensuring the success of this meaningful programme.