KG GESIR TENGAH, 28 Julai 2023 - Hari ini bermulanya Program Kem Kepimpinan Pendidik (EDULEAD) anjuran Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) dan Sekolah Pendidikan Saito University College di YBK Global Camp. Program akan berlangsung selama 3 hari 2 malam.
Antara aktiviti hari pertama adalah;
• Sesi 'ice-breaking' dan pembahagian kumpulan
• Perkongsian oleh selebriti Fynn Jamal
• Pemantapan kumpulan oleh Encik Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (Tokoh Belia Negara dan ASEAN 2017)
• Perkongsian oleh Saudara Musa Nuwairi dari Cinta Syria Malaysia - CSM.
• Aktiviti jalan malam @ night walk.
Turut menyertai program ini adalah pelajar daripada Asrama Kasih YBK Serendah.