RAKAN YBK (dahulunya dikenali sebagai Sukarelawan YBK) berperanan sebagai penggerak dalam melaksanakan program dan aktiviti yang bermanfaat kepada masyarakat khususnya kepada kumpulan sasar YBK.

Program-program di bawah Rakan YBK antaranya ialah aktiviti gotong-royong, pemberian bantuan melalui Skuad Kasih YBK (SKY) dan Program Santuni Gelandangan, ejen pemberi maklumat untuk program Sinar Kasih Ramadhan (SKR) dan kemasukan ke Asrama Kasih YBK, di samping program-program secara kolaborasi dengan organisasi luar.

Penglibatan program adalah terbuka kepada umum. Rakan YBK juga bersedia untuk berkolaborasi bagi melaksanakan program-program komuniti dan sukarela bersama organisasi yang berminat atas dasar Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR).

Rakan YBK berhasrat menjadi kumpulan rakan strategik yang utuh dalam menggerakkan gagasan YBK sebagai peneraju pembasmian kemiskinan di Malaysia.

SANTUNI GELANDANGAN

PROGRAM SANTUNI GELANDANGAN dijalankan selepas solat Subuh pada setiap hari Sabtu di Masjid Jamek Sultan Abdul Samad Kuala Lumpur. Dilaksanakan sejak tahun 2014, objektif program ini adalah untuk menyantuni rakan-rakan jalanan melalui pemberian sarapan dan minuman pagi percuma sebanyak 200 buah setiap minggu.

Sarapan dan minuman ini dimasak dan disediakan sendiri oleh staf dan sukarelawan YBK melalui aktiviti DAPUR YBK pada malam sebelumnya. Setiap minggu, YBK memerlukan dana sebanyak RM500 untuk menggerakkan Program ini. Justeru, sumbangan/tajaan para dermawan amat dialu-alukan.

Sumbangan/tajaan layak menerima resit pengecualian cukai pendapatan (berdasarkan permintaan dan tertakluk kepada syarat). Untuk info lanjut, boleh berhubung dengan pegawai program En. Asuad di talian pejabat 03 7875 0036 atau WhatsApp di talian 012 617 4051.

DAPUR YBK

PROGRAM DAPUR YBK adalah aktiviti memasak secara gotong-royong bagi menyediakan pek sarapan dan minuman pagi untuk Program Santuni Gelandangan di samping program-program lain. Program ini disertai oleh staf YBK dan sukarelawan daripada luar termasuklah kumpulan pelajar IPT, persatuan, dan seumpamanya.

Antara sukarelawan luar yang pernah bersama dalam program ini adalah kumpulan pelajar daripada UPSI, UPM, UiTM, UMK di samping persatuan seperti Badan Amal Kebajikan Anggun (BAKA), Kelab Beliawanis Sri Sepang (KBSS) dan lain-lain lagi.

SKUAD KASIH YBK

SKUAD KASIH YBK (SKY) adalah untuk mengenalpasti keluarga/individu yang kurang bernasib baik untuk dibantu. Untuk setiap kes yang diterima, pegawai YBK bersama Sukarelawan akan menjalankan siasatan ke atas keluarga/individu tersebut untuk memastikan kesahihan dan kelayakan sebelum ditentukan bentuk bantuan yang bersesuaian.

Sukarelawan dan orang awam boleh melaporkan keluarga/individu yang kurang bernasib baik untuk dibantu di tempat masing-masing dengan menghubungi ibu pejabat YBK (03 7875 0036).

­čîÉ BERKENAAN LAMAN INI

Dasar Privasi & Penafian
Lapor Ralat / Kesilapan

Kandungan di dalam laman web ini (foto, audio, video dan artikel) disediakan oleh Bahagian Media dan Arkib serta Bahagian Penyelidikan dan Komunikasi Korporat, Yayasan Basmi Kemiskinan. Siaran semula atau replikasi kandungan untuk tujuan komersial perlu mendapat kebenaran daripada YBK terlebih dahulu.

­čô× HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : 03 7875 0036
FAKS : 03 7875 0719
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;