KLIK DI SINI untuk daftar minat anda!
PENDAHULUAN
Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) telah memulakan inisiatif projek pertanian di beberapa tanah miliknya dengan tanaman harian seperti cili. Justeru, selaras dengan seruan YBhg. Dato' Haji Zainal Abidin Sakom, Pengerusi YBK supaya YBK melibatkan diri secara aktif dalam bidang pertanian dan inisiatif Jabatan Inovasi & Keusahawanan Sosial YBK, satu projek konsep pembasmian kemiskinan melalui latihan kemahiran pertanian yang dinamakan ‘Projek Basmi Kemiskinan Bina Kesejahteraan (BKBK)’ telah dibangunkan.
OBJEKTIF
KUMPULAN SASAR
Untuk peringkat awal atau pilot project, YBK mensasarkan untuk melatih 10 orang yang dipilih dengan keutamaan diberikan kepada ibu tunggal yang berminat untuk menceburi bidang pertanian. Jika pilot project ini berjaya, YBK akan membuka peluang kepada kumpulan sasar yang lain seperti belia tercicir, individu yang hilang pekerjaan, orang kurang upaya (OKU) dan juga belia atau pelajar yang ingin mempelajari ilmu pertanian.
LOKASI PROGRAM
Peserta yang terpilih akan ditempatkan di tapak projek pertanian YBK iaitu di YBK Global Camp, Kg. Gesir Tengah, dan tapak-tapak lain yang akan dimaklumkan dari masa ke semasa.
KAEDAH PELAKSANAAN
Secara umumnya, proses pelaksanaan adalah seperti berikut;
TARIKH MULA PELAKSANAAN, FAEDAH & MODUL
Dalam proses pembangunan dan akan dimaklumkan kemudian.
KERJASAMA
YBK telah menjalin kerjasama strategik dengan Kementerian Pertanian & Industri Makanan, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Jabatan Pertanian, dan agensi serta organisasi lain untuk menjayakan Program ini.
PENDAFTARAN MINAT
Individu yang memenuhi kriteria kumpulan sasar dan berminat, boleh mendaftar di sini. YBK akan menghubungi individu yang di senarai pendek untuk di temuduga ke peringkat seterusnya.
TERMA, SYARAT & PENAFIAN
Sila ambil maklum bahawa ini bukanlah satu tawaran pekerjaan, dan YBK berhak untuk melaksana, menangguh atau membatalkan Program ini mengikut budi bicara dan keadaan semasa.
YBK juga tidak terikat untuk memberi jaminan bahawa peserta yang sedang atau telah melengkapkan Program ini akan memperolehi pekerjaan dan pendapatan.
Terma, syarat dan penafian akan dikemas kini dari masa ke semasa.