Artikel

Penyerahan Sinar Kasih Ramadhan (SKR) 2019 untuk negeri Selangor melibatkan tiga (3) buah keluarga terpilih di kawasan Dengkil dalam daerah Sepang. Proses serahan dibantu oleh Kelab Beliawanis Sri Sepang (KBSS) dan Briged Negaraku Negeri Selangor. Keluarga yang berkenaan adalah;

DENGKIL, 28 Mei 2019 – Lawatan Sinar Kasih Ramadhan Yayasan Basmi Kemiskinan yang seterusnya adalah ke kediaman En. Azhar b Abdul Aziz dan Pn. Noraini Abdul Latif yang terletak di Batu 31 Jalan Banting.

En. Azhar mencari rezeki dengan berniaga sendiri dan daripada pekerjaan inilah beliau menanggung isteri dan 5 orang anak-anaknya di mana 4 orang adalah bersekolah. Isteri beliau, Pn. Noraini tidak bekerja. Anak sulung pasangan ini berumur 16 tahun dan yang paling bongsu berumur 3 tahun.

Kami diberitahu kediaman keluarga ini sedikit uzur dengan mengalami kebocoran di bahagian bumbung yang menyebabkan ketirisan air apabila hujan. Keluarga ini ada mendapat bantuan zakat yang sedikit sebanyak meringankan beban.

Keluarga ini boleh dihubungi di talian 011 1220 3371.

Sumbangan Sinar Kasih Ramadhan 2019 disampaikan oleh En. Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (Pengurus Besar YBK) dan turut disaksikan oleh Pn. Yusmah Indrawaty Yusof (Pengerusi Kelab Beliawanis Sri Sepang - KBSS), Norherdawati Soib (Bendahari KBSS) dan Pn. Azwazah Adam (Penasihat KBSS).

[MS-SGR-007]

DENGKIL, 28 Mei 2019 – Lokasi ziarah Sinar Kasih Ramadhan Yayasan Basmi Kemiskinan yang seterusnya adalah di Kg Dato' Ahmad Razali, iaitu di kediaman keluarga En. Eddy Refflees b Yazid.

En. Eddy bekerja sebagai pemandu lori dan tuntutan tugas ini menyebabkan beliau kadang-kala perlu keluar bekerja seawal jam 1 pagi, bergantung kepada shift. Waktu kerja di luar kebiasaan ini menyebabkan beliau tidak cukup rehat dan tidak dapat meluangkan masa sepenuhnya dengan keluarga.

Isteri beliau, Pn. Fatin Fakriah bt Ashaari adalah suri rumah yang menjaga 8 orang anak. Untuk membantu suami, Pn. Fatin yang memiliki kemahiran membuat kuih koci mengambil inisiatif menerima tempahan koci ke kawasan sekitar dan hasil pendapatan digunakan untuk menampung perbelanjaan keluarga.

Pasangan ini tinggal menyewa dengan kadar RM600 sebulan dan ada mendapat bantuan zakat. 7 daripada 8 orang anak masih bersekolah di mana yang sulung akan menduduki peperiksaan SPM tahun ini manakala yang bongsu berumur 9 bulan.

Keluarga ini boleh dihubungi di talian 014 234 1417.

Sumbangan Sinar Kasih Ramadhan 2019 disampaikan oleh En. Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (Pengurus Besar YBK) dan turut disaksikan oleh Pn. Yusmah Indrawaty Yusof (Pengerusi Kelab Beliawanis Sri Sepang - KBSS), Norherdawati Soib (Bendahari KBSS) dan Pn. Azwazah Adam (Penasihat KBSS).

[MS-SGR-008]

DENGKIL, 28 Mei 2019 – Apabila kisah keluarga ini menjadi 'viral' di media sosial baru-baru ini, Sinar Kasih Ramadhan Yayasan Basmi Kemiskinan hari ini telah turun melihat keadaan keluarga ini.

Keluarga En. Fairul Darus dan Pn. Zuraini Kamaruddin ini tinggal menumpang atas tanah milik keluarga, dengan keadaan rumah yang daif. Kami dimaklumkan rumah ini tiada bilik air dan jika dilihat sendiri, agak kurang selesa untuk didiami oleh pasangan ini bersama 7 orang anak-anak mereka. Keluarga ini telah menetap selama 17 tahun di sini.

En. Fairul melakukan pelbagai jenis kerja untuk mencari rezeki menanggung keluarga, dengan pendapatan purata RM900 sebulan. Pn. Zuraini tidak bekerja dan ketika kunjungan kami, sedang dalam pantang selepas melahirkan anak bongsunya yang berusia 14 hari. Anak-anak yang lain masih belajar.

Mujurlah ramai yang prihatin dengan keluarga ini dan pelbagai individu dan organisasi telah tampil memberikan bantuan. Kami difahamkan keperluan rumah dan barangan dapur sudah cukup banyak diterima daripada orang ramai, dan keluarga ini juga bakal berpindah ke kediaman baru yang lebih selesa hasil bantuan zakat.

Pn. Zuraini boleh dihubungi secara terus di talian 017 682 4347.

Sumbangan Sinar Kasih Ramadhan 2019 telah disampaikan oleh En. Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz, Pengurus Besar YBK dan disaksikan oleh En. Mohammad Salleh b Mohammad Sidek, Pengerusi Briged Negaraku Negeri Selangor.

[MS-SGR-009]

🌐 BERKENAAN LAMAN INI

Dasar Privasi & Penafian
Lapor Ralat / Kesilapan

Kandungan di dalam laman web ini (foto, audio, video dan artikel) disediakan oleh Bahagian Media dan Arkib serta Bahagian Penyelidikan dan Komunikasi Korporat, Yayasan Basmi Kemiskinan. Siaran semula atau replikasi kandungan untuk tujuan komersial perlu mendapat kebenaran daripada YBK terlebih dahulu.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : 03 7875 0036
FAKS : 03 7875 0719
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;