DASAR PRIVASI

PERTAMA
Tiada maklumat peribadi akan dikumpul semasa anda melayari laman web ini kecuali maklumat yang dikemukakan oleh anda melalui e-mel.

KEDUA
Laman ini mempunyai pautan ke laman web lain. Dasar privasi ini hanya terpakai untuk laman ini sahaja. Perlu diingatkan bahawa laman web yang terdapat dalam pautan mungkin mempunyai dasar privasi yang berbeza dan pengunjung dinasihatkan supaya meneliti dan memahami dasar privasi bagi setiap laman web yang dilayari.

KETIGA
Sekiranya dasar privasi ini dipinda, pindaan akan dikemas kini di halaman ini. Dengan sering melayari halaman ini, anda akan dikemas kini dengan maklumat yang dikumpul, cara ia digunakan dan dalam keadaan tertentu, bagaimana maklumat dikongsi bersama pihak yang lain.

 

PENAFIAN

YAYASAN BASMI KEMISKINAN (YBK) berhak untuk mengubah, menambah, mengubahsuai atau mengeluarkan mana-mana bahagian daripada pemberitahuan ini pada bila-bila masa tanpa memberi notis terlebih terdahulu. Adalah menjadi tanggungjawab anda untuk memeriksa pemberitahuan ini dari masa ke semasa untuk sebarang perubahan yang mungkin berlaku.

YBK tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.

Juga, dengan menggunakan laman web ini, anda bersetuju bahawa:

PERTAMA
Maklumat yang disediakan dalam laman web ini adalah dibekalkan dalam bentuk “seperti mana” dan “yang tersedia”.  Justeru, penggunaan laman web ini dan maklumat yang terkandung di dalamnya adalah atas risiko sendiri.

KEDUA
Maklumat yang dibekalkan dalam laman web ini dibenarkan untuk digunakan untuk tujuan penggunaan sendiri (personal). Untuk tujuan komersial atau penyelidikan, anda dikehendaki memohon kebenaran bertulis daripada YBK.

KETIGA
Anda tidak dibenarkan untuk mengubah, menambah, mengubahsuai atau mengeluarkan mana-mana bahagian maklumat yang dibekalkan didalam laman web ini tanpa kebenaran YBK.

KEEMPAT
Anda tidak dibenarkan menggunakan atau mengubah nama dan logo YBK dalam apa jua cara sekalipun selain daripada apa-apa yang terdapat dalam laman web ini.

KELIMA
Penggunaan maklumat dalam laman web ini oleh anda tidak dalam apa-apa cara menjadikan hubungan antara YBK dengan anda sebagai agen atau pekerja YBK.

KEENAM
Jika YBK membuat tuntutan untuk ganti rugi, anda bersetuju untuk mendapatkan dan menerima kebenaran bertulis daripada YBK, sebelum bersetuju untuk menyelesaikan sebarang tuntutan atau tindakan.

PERTANYAAN

Jika anda kurang jelas akan dasar privasi dan penafian laman web ini atau memerlukan maklumat lanjut, sila berhubung dengan ibu pejabat YBK di talian 03 7875 0036.

🌐 BERKENAAN LAMAN INI

Dasar Privasi & Penafian
Lapor Ralat / Kesilapan

Kandungan di dalam laman web ini (foto, audio, video dan artikel) disediakan oleh Bahagian Media dan Arkib serta Bahagian Penyelidikan dan Komunikasi Korporat, Yayasan Basmi Kemiskinan. Siaran semula atau replikasi kandungan untuk tujuan komersial perlu mendapat kebenaran daripada YBK terlebih dahulu.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : 03 7875 0036
FAKS : 03 7875 0719
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;