Shah Alam, 12 Mei 2014 - Satu lawatan khas  ke kelas KUNTUM  telah dijalankan di SMK Jalan Kebun untuk melihat perkembangan pelajar-pelajar KUNTUM 2014.  Sesi pertemuan dengan Pengetua, Pn Hjh Alijah bt Md Dom dan Penyelaras KUNTUM Pn Rose Sita bt Abd Aziz  telah dimanafaatkan dimana  beliau berharap agar program KUNTUM  dapat diteruskan di sekolah agar dapat meningkatkan lagi tahap akademik dan prestasi pelajar agar dapat cemerlang di dalam peperiksaan SPM yang bakal menjelang.