Perasmian program telah disempurnakan oleh YBhg Dato’ Haji Marsum bin Paing, Ketua UMNO Bahagian Sepang. Bengkel sehari bagi siri kedua ini memperkenalkan portal addin, sebuah portal khas bagi pengusaha produk-produk tempatan yang terpilih menjual mereka secara atas talian (online). Diharapkan program seperti ini akan menggalakan pengusaha produk-produk tempatan mengimprovasi produk-produk mereka supaya mampu dikomesialkan dan setanding dengan produk yang sedia ada di pasaran.