Aktiviti gotong royong tersebut bermula pukul 9 pagi dan tamat pada pukul 2 tengahari. Ia turut disertai oleh kakitangan YBK, kakitangan asrama YBK dan pelajar-pelajar asrama kasih YBK Serendah. Program gotong royong yang dijalankan termasuklah membersih kawasan asrama dan membuang perkakasan dan peralatan buruk yang tidak lagi diperlukan di kawasan sekitar asrama.