Antara pemeriksaan kesihatan yang telah dijalankan pada hari tersebut ialah pemeriksaan kesihatan, pemeriksaan ‘pap smear’, tekanan darah, glukos, dan pemeriksaan berat badan unggul dan derma darah. Perasmian penutup program tersebut telah disempurnakan oleh YB Tuan Abdul Shukor Haji Idrus, ADUN Kuang. Dalam ucapan beliau menekankan ke arah mendapatkan kesihatan optimum adalah menyedari yang tubuh anda memerlukan penjagaan yang sebaiknya dan mendapatkan info kesihatan yang diperlukan untuk menjaga kesihatan diri dan keluarga dengan berkesan. Turut hadir mewakili YBhg Pengerusi YBK ialah Tuan Haji Bing Selamat Amir, Ahli Lembaga Pemegang Amanah YBK.