Kursus telah dibimbing oleh pegawai berkelayakan dari Jabatan Pertanian Serdang. Kursus yang telah dijalankan ialah, penyediaan makanan sejuk beku seperti karipap dan talam sagu, manakala kursus ‘bakery’ adalah seperti pizza mini, bun manis dan kek cawan. Majlis perasmian penutup dan penyampian sijil telah disempurnakan oleh Ybhg Datin Seri Dato’ Rohani Abdullah, YDP PUSPANITA Kebangsaan. YBK diwakili oleh Ybhg Prof. Emeritus Dato’ Dr Sulaiman Yassin, Ahli Lembaga Pemegang Amanah YBK.